top of page

Jelajah Ayuh Malaysia Makkal Malarchi dilancar



Gerakan Ayuh Malaysia hari ini melancarkan program Jelajah Ayuh Malaysia Tamil Makkal Malarchi.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Manivanan Gowin, jelajah itu akan diadakan dengan kerjasama NGO - NGO yang mewakili 8 negeri di negara ini.


Beliau yang juga pengasas bersama dan sukarelawan utama Ayuh Malaysia berkata, tujuan siri jelajah versi Tamil itu adalah untuk mendekati masyarakat India, khasnya pengundi Atas Pagar bagi beramai ramai menyokong Pakatan Harapan.


"Tujuan utama jelajah ini untuk kami mendekati masyarakat India, khusuanya pengundi atas pagar dengan sesi penerangan dan penjelasan agar mereka mampunyai informasi politik yang sewajamya.


"'Knowledge is power' maka masyarakat India khususnya pengundi Atas Pagar wajar diberikan ruang dan peluang untuk mendengar pandangan semua parti politik sebelum mereka membuat pilihan sendiri.


"Kekurangan pengetahuan politik akan mengakibatkan ahli politik berkuasa dan masyarakat India dipinggirkan dan disisihkan daripada pembangunan negara," katanya dalam sidang media .


Beberapa pimpinan NGO memberi sokongan kuat kepada Jelajah Makkal Malarchi

Selain agenda menarik pengundi Atas Pagar, tegas Manivanan, jelajah itu juga akan menarik sokongan anak muda Undi 18, memberi kesedaran dan mempengaruhi pendirian mereka untuk memilih PH dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


"Pemimpin juga mempunyai tanggungjawab untuk menerangkan betapa pentingnya hak mengundi terutama anak muda.


"Undi 18, masih muda dan mentah dalam dunia politik. Pemimpin perlu mengambil inisiatif untuk menerangkan masa depan negara di tangan mereka ini termasuk anak muda masyarakat India.


"Maka, saya bersama NGO - NGO ini mengambil inisiatif radikal, untuk jelajah ke 8 negeri yang mempunyai kepadatan pengundi masyarakat India. Kami akan menjelajah secara maraton, berkunjung ke negeri negeri dalam masa 2 minggu," katanya lagi.


Jejalah Makkal Malarchi dijadualkan berada di Kedah dan Persatuan Kebajikan Vetri Kodi sebagai tuan rumah. Dianjurkan di Dewan Mutiara Paya Besar, Jalan Paya Besar, Kulim pada 7 Oktober 2022.


Manakala di Pulau Pinang dianjurkan oleh Persatuan Malaysia Ezhuchi Munnani di Dewan MPKK Bandar Cassia Batu Kawan, Simpang Ampat pada 8 Oktober 2022.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page