top of page

JBPM KL tubuh pasukan khas tingkat tahap keselamatan perumahan awam



Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memeriksa tahap keselamatan kebakaran perumahan awam di pusat bandar itu.


Pengarahnya, Muhammad Salleh Abdul berkata, seramai 70 pegawai dan anggota dibahagikan kepada empat pasukan akan menjalankan pemeriksaan secara serentak setiap hari selama lapan hari bagi memastikan perumahan awam memenuhi keperluan minimum keselamatan kebakaran dan sistem keselamatan kebakaran sedia ada berfungsi serta berada dalam keadaan baik.


"Penubuhan pasukan ini susulan kes kebakaran membabitkan lima unit rumah di tingkat 17 Blok 70 Flat Sri Sabah pada 11 Februari lalu.

"Kita (JBPM) merangka satu tindakan proaktif bagi mengelak kejadian sama berulang dengan pemeriksaan keselamatan kebakaran terhadap perumahan awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berusia lebih 30 tahun.


"Sebarang penemuan atau kelemahan yang ditemui akan dimaklumkan kepada DBKL dan pihak pengurusan," katanya dipetik


Difahamkan, buat permulaan fokus diberikan kepada 122 blok perumahan berusia lebih 30 tahun dan tindakan selanjutnya akan diambil berdasarkan laporan siasatan yang dikemukakan JBPM.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page