top of page

JBPM gerak tiga helikopter operasi selamatkan mangsa banjir



Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bertindak proaktif bagi menghadapi keadaan banjir yang semakin buruk di Pantai Timur.


Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, pihaknya menyediakan tiga helikopter bagi membantu operasi menyelamat mangsa banjir antaranya melibatkan situasi seperti membawa pesakit yang perlu mendapatkan rawatan di hospital dan menghantar bekalan makanan.


"Buat masa ini, JBPM beri fokus ke Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) kerana terdapat operasi-operasi pemindahan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS). Keanggotaan tidak bertambah tetapi aset tambahan lain seperti bot telah dihantar ke sana.


"JBPM kerahkan pesawat udara ke Kelantan bagi operasi menyelamat dan menghantar makanan serta tinjauan udara dapat dilaksanakan," katanya dipetik.


Difahamkan sebuah helikopter telah tiba di Bachok, Kelantan semalam untuk operasi itu, manakala dua lagi berada dalam keadaan mod bersedia dan akan dikerah ke Terengganu jika situasi memerlukan.

Abdul Wahab sementara itu menasihatkan kepada orang ramai agar berpindah ke PPS memandangkan terdapat sebahagian tempat yang telah dipotong bekalan elektrik dan ia akan menyukarkan bomba mendapat respons daripada penduduk.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page