top of page

JBPM bakal terima dua helikopter baharu tidak lama lagi



Tahap kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal diperkukuh apabila agensi itu bakal menerima dua helikopter baharu.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, agensi itu bakal menerima dua helikopter jenis AgustaWestland AW 139 sekaligus menjadikan armada helikopter yang diuruskan oleh JBPM meningkat kepada 11 buah menjelang 2025.


"Ini adalah satu rekod jumlah tertinggi di mana pasukan bomba tidak pernah memiliki 10 buah helikopter.


"Ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk menyokong dan terus berdiri teguh bersama JBPM.


"Hal ini supaya hampir 14,500 anggota bomba di seluruh 337 balai sentiasa peka, komited dan bersiap siaga, kita KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) akan menjadi tulang belakang kepada JBPM dengan memberikan sokongan padu kepada pasukan ini demi rakyat dan negara," katanya dipetik.


Nga sebelumnya hadir ke Majlis Pelancaran Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024: Op Siaga Raya di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada Jumaat.


Turut hadir pada majlis tersebut, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisyam Mohammad.

Sempena pelancaran kempen itu, Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama JBPM mengagihkan alat pemadam api kepada Pasukan Bomba Komuniti, Emergency Response Team (ERT) dan Pasukan Bomba Sukarela serta pengguna-pengguna jalan raya.


Sementara itu ketika ditanya bila kedua-dua helikopter akan diterima, Nga berkata ia akan diumum kemudian.


"Bukan sahaja bomba, pasukan uniform lain termasuk tentera dan pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam... semua akan menerima. Pengumuman akan dibuat tidak lama lagi," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page