top of page

Jawi terima empat aduan babitkan tuduhan qazaf



Sebanyak empat aduan diterima Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung tuduhan qazaf melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, laporan dibuat terhadap Naib Presiden Parti Bersatu, Datuk Radzi Jidin dan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abd Rani.


Jelasnya, laporan berhubung perkara berkenaan adalah daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).


"Pertama melibatkan isu Radzi Jidin terhadap Perdana Menteri ketika dalam Parlimen.


"Kedua, Ikram dan ABIM ada buat aduan terhadap hantaran yang dinisbahkan kepada Ustaz Dusuki yang ada menyebut perkataan peliwat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat bersama Pelajar Baharu Tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) di Putrajaya pada Selasa.


Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, pihak pendakwaan akan memutuskan kes berhubung pendakwaan terhadap Radzi atas perbuatannya di Parlimen baru-baru ini.


"Semasa siasatan, semua pihak saksi akan dipanggil oleh penguatkuasa agama dan kemudian laporan akan disediakan.


"Dari situ boleh ditentukan sama ada diteruskan pendakwaan atau tidak, itu akan ditentukan berdasarkan laporan siasatan yang dikemukakan nanti," ujarnya

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page