top of page

Jawatankuasa Teknikal MA63 bakal distruktur semula



Struktur Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKMTPMA63) akan disusun semula, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.


Menurutnya, langkah itu susulan Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali tidak lagi bertanggungjawab dalam hal ehwal Sabah dan Sarawak susulan rombakan Kabinet Persekutuan, Disember lalu.


Penstrukturan semula JKMTPMA63 yang antara lain untuk membawa kembali Armizan ke jawatankuasa itu, katanya bagi membolehkan perkara berbangkit daripada perjanjian itu dibincangkan dan diberi perhatian sewajarnya.


"Kita perlu menyusun semula struktur tersebut dan kemudian kita panggil mesyuarat untuk membentangkan kertas kerja yang baharu," katanya dipetik laporan Sinar Harian.


Sebagai rekod, Armizan bekas Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak kini memegang portfolio sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup selepas rombakan kabinet.


Sementara itu, Fadillah memaklumkan beliau telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor semalam dan membincangkan perkara berkaitan MA63.


"Kami telah duduk untuk mendapatkan arahan daripada beliau (Hajiji). Dan apa yang saya akan lakukan setakat MA63 berkenaan (ialah) akan mendapatkan kedua-dua Armizan dan juga (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) Datuk Ewon Benedick untuk duduk dalam jawatankuasa itu.

"Bermula dari situ, kita akan mulakan perbincangan," kata Fadillah yang juga bertanggungjawab dalam hal ehwal Sabah dan Sarawak.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page