Jawatankuasa tangani ketidaktentuan bekalan, harga barang keperluan ditubuh
- Suara Keadilan

- Apr 24
- 1 min read

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil langkah proaktif bagi memastikan bekalan dan harga barangan asas dalam pasaran terkawal.
Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebuah Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan dan Harga Barangan Keperluan Harian ditubuhkan untuk menambah baik bentuk kerjasama ad hoc antara kementerian supaya lebih berstrategik dan berterusan dalam menangani ketidaktentuan harga dan bekalan.
"Jawatankuasa ini ditubuhkan susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Mac lalu yang menyokong cadangan KPDN untuk memperkasa kerjasama antara kementerian dan agensi berkaitan.
"Ia akan memfokuskan pemantauan rapi terhadap barangan utama seperti daging, ayam, telur, beras dan minyak masak, dan pelan intervensi kerajaan akan dipertimbangkan sekiranya berlaku ketidakseimbangan harga atau gangguan bekalan," katanya dipetik.
Mengulas lanjut Armizan berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar, dan turut disertai wakil dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Perladangan dan Komoditi serta agensi-agensi berkaitan,
Mesyuarat pertama jawatankuasa itu dijangka akan diadakan Mei ini dan akan bersidang setiap dua bulan.









Comments