top of page

Jawatankuasa siasat kematian Adib jangan dijadikan isu perkauman



Penubuhan jawatankuasa khas menyiasat kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim perlu dilakukan tetapi jangan dijadikan sebagai bahan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke 15, pada tahun hadapan.


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, penubuhan jawatankuasa khas berkenaan harus disokong asalkan niat utamanya adalah untuk mencari punca sebenar kematian Adib yang tidak berjaya dirungkai melalui siasatan polis dan Mahkamah Koroner sebelum ini.


"Secara terus terang, ini pandangan saya. Selama ini mereka (Umno) hidup dengan memainkan isu perkauman, Bersatu pun begitu. Pas pula menggunakan agama untuk tujuan politik. Inilah tulang belakang kerajaan sekarang.


"Saya nasihatan untuk kebaikan negara, jangan mainkan isu perkauman sempit dan agama sempit secara umum.


"Siasat semula kes kematian Adib wajar kerana dalam Perkara 5 Perlembagaan tiada sesiapa boleh ambil nyawa rakyat lain. Jadi memang perlu disiasat, tugas polis, majistret.


"Saya menuntut demi keadilan arwah. Negara kita berasaskan rule of law. Kalau kerajaan nak buka untuk tujuan keadilan saya setuju. Kalau sengaja nak kipas sentimen perkauman itu saya tidak setuju. Asasnya berkaitan keadilan," kata Hassan dalam wawancara bersama Lensa Parlimen.


Mengenai isu Pulau Batu Puteh, beliau juga bersetuju jawatankuasa khas ditubuhkan untuk melihat apakah keperluan negara merayu keputusan Mahkamah Antarabangsa di The Hague yang menyerahkan pemilikan pulau berkenaan kepada Singapura.


Hassan berpendapat sekiranya rayuan dibuat maka Sultan Johor perlu dimasukkan dalam kes kerana Singapura asalnya adalah di bawah jajahan empayar Johor-Riau dan kemudian sebahagian Tanah Melayu.


Tambah Hassanm, pasukan perundangan kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri Najib Razak dahulu terburu-buru sehingga terlupa memasukkan Kesultanan Johor yang wilayah sejarahnya meliputi Pulau Batu Puteh di dalam perbicaraan sehingga Malaysia kalah

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page