top of page

Jawatankuasa Rundingan PH bertemu MUDA, PSM



Rundingan untuk dua parti pembangkang, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyertai Pakatan Harapan (PH) dimulakan hari ini apabila Jawatankuasa Rundingan PH bertemu wakil daripada kedua dua parti.


Menurut kenyataan bersama Jawatankuasa Rundingan, pertemuan itu telah diadakan pagi tadi di Ibu Pejabat AMANAH di Wisma AMANAH, Kuala Lumpur.


"PH dan PSM telah mengadakan satu mesyuarat rasmi bagi merundingkan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan


"Ini adalah satu usaha serius antara PH dan PSM bagi memastikan suara dan kepentingan rakyat diangkat bersama menjelang Pilihan Raya Umum ke 15. Perbincangan hari ini telah berlangsung dengan baik dan lancar," kata kenyataan jawatankuasa berkenaan.


Dalam pertemuan itu PH diwakili oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim Chee Keong; Naib Presiden KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Pemuda Nasional AMANAH, Hasbie Muda; Naib Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick.


Manakala PSM diwakili Timbalan Pengerusi, S. Arulchelvan dan Bendahari Kehormat, Soh Sook Hwa.


MUDA membariskan pimpinan utama bertemu Jawatankuasa Rundingan bagi berbincang penyertaan ke dalam PH

Terdahulu, jawatankuasa tersebut bertemu deligasi MUDA di tempat yang sama.


MUDA diwakili oleh Presiden, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Timbalan Presiden, Amira Aisya Abd Aziz; Naib Presiden, Zaidel Baharuddin dan Ketua Penerangan, Luqman Long


"Isu-isu berbangkit hari ini akan dibawa kepada peringkat pimpinan dalam mesyuarat Majlis Presiden yang akan diadakan dalam masa terdekat.


"Segala perkembangan di masa hadapan akan dimaklumkan melalui kenyataan bersama kepada pihak media," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page