Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat akan akan menghantar surat kedua kepada Yang di-Pertuan Agong esok bagi memohon perkenan Baginda bagi menyembah maklum kesan darurat terhadap ekonomi negara.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat, Khalid Samad, turut dijemput untuk menyertai rombongan ke Istana Negara itu adalah Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, Agong perlu mengetahui bahawa rakyat telah hilang keyakinan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan usaha beliau mengawal wabak Covid-19 menggunakan kaedah perintah darurat.
"Mereka (Perikatan Nasional) telah bertindak atas kepentingan politik mereka.
“Amat jelas, (mereka) sanggup mengutamakan kepentingan politik berbanding kepentingan negara dan rakyat jelata,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.
Menurut Khalid lagi, amat penting darurat ditarik balik sesegera mungkin bagi mengelakkan ekonomi semakin lemah dan kehilangan maruah negara lebih parah di mata dunia.
Kommentarer