top of page

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mula dengar isu tuntutan waris Sultan Sulu



Demokrasi Berparlimen Malaysia semakin matang apabila Jawatakuasa Pilihan Khas (JKPK) Hal Ehwal Antarabangsa semalam mendengar dan menyiasat isu waris Sultan Sulu yang melibatkan tuntutan RM62 bilion ke atas kerajaan Malaysia.


Menurut Ahli JKPK, Sim Tze Tzin, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub itu telah memanggil beberapa menteri dan pegawai tinggi kerajaan untuk memberi keterangan.


"Mesyuarat ini diadakan bertujuan menyiasat dan mendengar penjelasan kerajaan berkenaan kes tuntutan RM62 bilion ke atas aset Malaysia oleh orang-orang yang dikatakan "waris Sultan Sulu".


"Inilah kali pertama sesebuah JKPK yang baru ditubuhkan oleh Parlimen menjalankan prosiding seperti ini.


"Pihak kerajaan yang hadir adalah Menteri Luar Negeri, Menteri Undang-Undang, Peguam Negara, Peguam Negeri Sabah, Ketua Setiausaha Wisma Putra dan pegawai-pegawai kanan dari Pejabat Peguam Negara serta Kementerian," katanya.


Sejumlah Menteri kerajaan diminta menjelaskan secara telus mengenai tuntutan waris Sultan Sulu

Tambah Ahli Parlimen Bayan Baru itu, turut hadir dalam mesyuarat berkenaan adalah YB Datuk Che Abdullah Mat Nawi, YB Puan Kasthuriraani Patto dan YB Awang Husaini Sahari, YB Hassan Abdul Karim, YB Sivarasa Rasiah, YB Datuk Ramli Mohd Nor, YB Johari Abdul dan YB Chan Foong Hin.


"Mesyuarat itu berjalan dengan lancar. Pelbagai soalan ditujukan ahli JKPK Hal Ehwal Antarabangsa.


"Pihak Kerajaan memberi penjelasan dengan sikap telus dan terbuka. Ini menonjolkan kejayaan JKPK dan Parlimen yang berfungsi sebagai institusi semak dan imbang kepada kerajaan.


"Semoga institusi Parlimen semakin demokratik dengan lebih banyak mesyuarat JKPK seperti ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page