top of page

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ada mandat siasat Azam Baki - NGO



Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Bagi Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) mempunyai mandat yang sah dan meluas untuk melaksanakan inkuiri atau siasatan ke atas kes pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.


Gabungan Komuniti Perintis Untuk Parlimen Profesional berkata, tidak timbul keperluan Pengerusi JPK Abdul Latiff Abdul Rahman membuat keputusan menangguh mesyuarat JPK kelmarin atas alasan teknikal perundangan yang ditimbulkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan.


Begitu juga, kata mereka, hujah yang mengatakan sebuah usul daripada Dewan Rakyat diperlukan kepada JPK bagi membolehkan jawatankuasa itu menjalankan sesuatu prosiding termasuk siasatan mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat adalah tidak relevan.


"Kami berpendirian Peraturan Mesyuarat dan terma rujukan bagi sesebuah JPK harus dibaca bersekali dengan tujuan penubuhan jawatankuasa secara harmoni, supaya membolehkan JPK menjalankan fungsinya dengan berkesan.


"Dewan Rakyat pada 11 November 2020 meluluskan usul penubuhan JPK-JPK dan memberi mandat bagi menilai perjalanan pelaksanaan polisi serta operasi berkaitan agensi-agensi di bawah JPM seperti SPRM dan anggotanya. Terma rujukan semasa JPK bagi Agensi-agensi di bawah JPM juga memperuntukkan kuasa memanggil mana-mana agensi dari semasa ke semasa mengikut Peraturan Mesyuarat 83(2).


"Mandat yang diberikan oleh Dewan Rakyat ini perlu ditafsirkan secara meluas, bahawa JPK telah diberikan kuasa untuk menentukan isu-isu yang perlu dikaji atau disiasat, dan tidak perlu lagi rujukan daripada dewan untuk setiap isu kerana mandat secara meluas telah diberikan," kata mereka dalam satu kenyataan.


Menurut gabungan itu lagi, jika rujukan Dewan Rakyat diperlukan untuk setiap isu yang ingin dikaji atau disiasat maka ia menjadikan JPK tidak efektif dan sekaligus bertentangan dengan tujuan penubuhan bagi melaksanakan fungsi pengawasan terhadap agensi agensi di bawah JPM


Penafsiran terma rujukan yang luas juga, kata mereka, telah menjadi konvensyen dan diamalkan oleh JPK-JPK yang lain. JPK menentukan isu-isu yang ingin dikaji dan disiasat tanpa perlu merujuk kepada Dewan Rakyat.


Misalnya, JPK Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial dan JPK Kesihatan, Sains dan Inovasi telah menjalankan mesyuarat dan pendengaran tentang isu-isu dalam bidang kuasa mereka, tanpa perlu rujukan kepada Dewan Rakyat


"Amalan ini merupakan konvensyen yang biasa oleh JPK-JPK di negara demokrasi berparlimen yang matang terutama sekali sistem parlimen Westminster.


"Kami ingin mengingatkan semua pihak, terutamanya Pengerusi JPK dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, bahawa penakrifan setiap isu yang ingin diambil oleh JPK, perlu rujukan Dewan Rakyat merupakan pendekatan yang amat sempit dan regresif serta mempengaruhi operasi JPK-JPK yang lain pada masa depan, jika pendekatan ini diambil semata-mata untuk menghalang sebuah siasatan terhadap Azam Baki


"JPK perlu diberikan ruang untuk melaksanakan fungsi mereka secara bebas bagi menyiasat isu yang melibatkan kepentingan awam," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh The Coalition for Free and Fair Elections (BERSIH), Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Persatuan Pengundi Muda (Undi18), ENGAGE, Bait Al-Amanah, Institute for Political Reform and Democracy (REFORM) dan WISDOM Foundation.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page