top of page

Jawatankuasa PAC perlu siasat perbezaan bidaan dan kontrak akhir rangakaian 5G - Fahmi

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 28, 2022
  • 2 min read


Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC) digesa untuk menyiasat sama ada berlaku kemungkinan wujud perbezaan antara terma-terma bidaan awal dan kontrak akhir untuk syarikat Ericsson dalam pelaksanaan rangkaian 5G di bawah Digital Nasional Berhad (DNG).


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, siasatan itu wajar dilakukan memandangkan syarikat yang sama baru baru ini didakwa telah melakukan salah laku di beberapa buah negara.


"Pada 2 Mac 2022 yang lalu, agensi berita Reuters telah menerbitkan berita bertajuk "U.S. says Ericsson breached 2019 deal by failing to properly disclose Iraq misconduct", di mana Ericsson didakwa gagal mendedahkan salah laku dan kegagalan pematuhan di Iraq, serta dakwaan perlakuan rasuah di China, Vietnam dan Djibouti.


"Ini telah menimbulkan rasa bimbang dan membuatkan saya terpanggil untuk membangkitkan isu ini di dalam perbahasan sewaktu usul menjunjung kasih pada 3 Mac 2022, dengan memohon agar satu siasatan penuh dilakukan terhadap kontrak 5G yang telah diberi DNB kepada syarikat Ericsson di Malaysia," kata Fahmi dalam suratnya kepada PAC hari ini.


Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lagi, beliau difahamkan terdapat kemungkinan wujudnya perbezaan di antara terma-terma kontrak pada peringkat bidaan, berbanding terma-terma di alam kontrak akhir yang ditandatangani di antara DNB dan Ericsson.


Katanya, andai hal itu benar, isu berkenaan perlu diketahui Dewan Rakyat kerana melibatkan kepentingan umum dan wang ringgit rakyat.


"Oleh yang demikian, saya memohon Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara untuk segera menyiasat terma-terma bidaan berbanding terma-terma kontrak sebenar (actual contract), dengan mendapatkan taklimat penuh atau memulakan prosiding dengan memanggil semua pihak berkaitan sesegera mungkin," kata Fahmi lagi.


Pembekalan spektrum 5G di Malaysia dilanda pelbagai kontroversi sejak model perniagaan monopoli oleh DNG diperkenalkan.


Sehingga kini pelbagai kritikan telah ditujukan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk meliberalkan perkhidmatan 5G dan memnjamin ketelusan dalam urusniaga bersama rakan kongsi Ericsson.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page