top of page

Jawatankuasa khas selaras semula pendidikan prasekolah - Fadhlina

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Feb 4, 2024
1 min read


Sebuah pasukan khas untuk menyelaras semula sistem pendidikan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan diwujudkan.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, agenda utama penubuhan pasukan khas itu untuk memastikan memastikan kurikulum dan juga isu-isu berkaitan prasekolah termasuk dari segi pembelajaran serta silibus diselaras bagi mempercepat reformasi pendidikan.


"Mesyuarat jawatankuasa khas ini sudah berlangsung dan perkembangannya kita akan maklumkan dari semasa ke semasa.


"Dalam Jawatankuasa ini, antara lain yang dibincangkan ialah termasuk hal berkaitan peluasan prasekolah, kualiti pendidikan yang menjadi sebahagian daripada agenda reformasi pendidikan," katanya dipetik.


Fadhlina berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Sesi Libat Urus Bersama Lembaga Pengelola Sekolah Pulau Pinang (LPS) dan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) negeri Pulau Pinang di Nibong Tebal pada Sabtu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pertengahan Januari lalu menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) melihat semula sistem prasekolahan dengan memastikan kemudahan tambahan diberi perhatian.


Prasekolah jelasnya perlu bermula dengan asas untuk menambahbaik sistem pendidikan negara.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page