top of page

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Parlimen syor SPRM jalankan siasatan lanjut isu LCS



Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) berpuas hati dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tindakannya menyiasat skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) dan mengesyorkan siasatan lebih terperinci dilakukan.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang ahli JKMR, Hassan Abdul Karim, siasatan SPRM perlulah lebih lengkap berhubung bukti bukti terbaharu yang didedahkan dalam laporan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC) baru baru ini.


"JKMR mengucapkan penghargaan kepada SPRM yang telah menyiapkan siasatan berhubung penyelewengan dan rasuah berkaitan proses pemerolehan kapal-kapal LCS tersebut.


"Namun begitu JKMR ingin menasihati dan mengesyorkan kepada SPRM supaya meneruskan siasatan lanjut yang lebih terperinci tentang isu LCS kerana terdapat keterangan keterangan baru (fresh evidences) hasil dari pendedahan laporan Audit Negara yang telah dibentangkan di Parlimen baru-baru ini.


"JKMR juga mengesyorkan supaya SPRM membuat siasatan susulan berkaitan pendedahan yang telah dibuat oleh PAC berkenaan isu pemerolehan kapal-kapal LCS," kata kenyataan berkenaan.

Hassan Abdul Karim

Menurut Hassan lagi, Peguam Negara pula perlu lebih bersungguh sungguh melakukan pendakwaan sebaik sahaja siasatan lengkap telah diserahkan kepada mereka.


"JKMR mengesyorkan Peguam Negara selaku Pendakwaraya supaya mengambil tindakan lebih pro-aktif dalam isu LCS ini dengan meminta SPRM menyediakan dengan segera Kertas Penyiasatan yang lengkap berkenaan kegagalan menyiapkan kapal-kapal LCS yang telah ditempah oleh Kerajaan sejak 11 tahun lalu.

"Pendakwaraya perlu segera mendakwa di mahkamah ke atas mereka yang bersalah dalam isu LCS," katanya.


Dalam kenyataan tersebut juga, Hassan mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa tidak ada sesiapa yang bersalah di dalam skandal LCS akan diberi perlindungan.


Juga mengalu-alukan keputusan PM untuk menyahrahsia (declassify) laporan mantan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkaitan pemerolehan kapal-kapal tempur LCS tersebut.


Bagaimanapun mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja, JKMR berpendirian tidak perlu ditubuhkan suruhanjaya sedemikian kerana SPRM sudah pun mengemukakan Kertas Siasatan kepada Jabatan Pendakwaraya.


JKMR ditubuhkan di bawah seksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (Akta SPRM 2009)


Jawatankuasa itu pada waktu ini memandang serius isu tempahan 5 buah kapal LCS untuk TLDM sejak tahun 2011 sehingga kini gagal disiapkan walaupun Kerajaan telah membayar RM 6 bilion.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page