top of page

Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan akan dibentuk - Dr Na'im

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Feb 17, 2024
1 min read


Sebuah Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan bakal dibentuk di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pembentukan jawatankuasa itu bertujuan untuk melihat dan memantau isu-isu yang berlaku di Mahkamah Syariah itu sudah di perkenan Majlis Raja-Raja


"Pembentukan jawatankuasa ini kekal berbanding Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam (Jawatankuasa Khas), yang itu ad hoc (ia dibentuk atas) titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah," katanya dipetik.


Mohd Na'im turut memberitahu nama-nama ahli jawatankuasa itu, yang antaranya akan dianggotai ketua hakim syariah negeri, telah dipersembah dan menunggu perkenan Majlis Raja-Raja yang akan bersidang dalam masa terdekat.


Dr Na’im dalam pada itu berkata pihaknya mencadangkan supaya Jabatan Penguatkuasaan Syariah diwujudkan di setiap negeri dalam usaha memperkasakan lagi undang-undang syariah.


Beliau berkata buat masa ini Jabatan Agama Islam Negeri hanya mempunyai bahagian penguatkuasaan dan bukan sebagai sebuah jabatan.


"Sebagai contoh di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dahulu ada bahagian pendakwaan syariah dan sekarang bahagian itu sudah menjadi Jabatan Pendakwaan Syariah, namun bahagian penguatkuasaan masih di bawah JAWI.


"Jadi untuk memastikan supaya bahagian penguatkuasaan ini boleh bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi secara eksekutif untuk melakukan siasatan dan tangkapan, maka ada keperluan untuk menjadikannya sebagai sebuah jabatan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page