top of page

Jawatankuasa kabinet lindungi golongan rentan bukti menteri Rina Harun tidak diperlukan?



Penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Melindungi Golongan Rentan yang diumumkan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi tamparan hebat kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Harun.


Rina yang menjaga potforlio melindungi wanita dan golongan Orang Kurang Upaya boleh dianggap tidak kompeten dalam mentadbir KPWKM dengan tertubuhnya jawatankuasa berkenaan.


Menurut calon Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek, sekiranya kementerian Rina cemerlang menjalankan tugas maka tidak mungkin ditubuhkan jawatankuasa berkenaan kerana fungsinya didapati sama dengan tugas KPWKM.


"Pada saya dasar dan undang undang yang sedia ada masih mampu melindungi golongan rentan melalui penguatkuasaan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan pemegang taruh yang lain.


"Tetapi kegagalan Menteri KPWKM mentadbir dan menjalankan fungsi Kementerian ini menjadikan beliau tidak lagi diperlukan memandangkan tugas tersebut telah diambil alih oleh Jawatankuasa terbabit.


"Kritikan yang perlu diberikan perhatian juga kepada Jawatankuasa ini adalah kegagalan utama Kerajaan mengiktiraf KPWKM sebagai kementerian barisan hadapan dan kementerian kanan dalam isu-isu perlindungan serta pembelaan golongan rentan," katanya.


Bagaimanapun Fadhlina yang juga senator Dewan Negara berkata, penubuhan jawatankuasa melindungi golongan rentan itu mungkin usaha kosmetik memperbaiki imej pentadbiran PM Ismail yang tergugat akibat perbicaraan mahkamah ke atas kes dera yang membabitkan seorang kanak kanak Orang Kurang Upaya (OKU) yang mendapat perhatian umum ketika ini.


Katanya, seharusnya jawatankuasa membela golomngan rentan membincangkan penggubalan rang undang-undang (RUU) perlindungan dan pembelaan kepada golongan itu bukan setakat memeriksa kelemahan KPWKM.


"Malangnya jawatankuasa ini tiada langsung komitmen berkaitan keseriusan untuk menggubal RUU yang berkait rapat dengan perlindungan dan pembelaan golongan rentan, termasuk RUU Anti Gangguan seksual, RUU Profesional Kerja sosial dan RUU Perlindungan warga emas," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page