Jawatan tinggi tidak penting, yang utama satukan parti - Tian Chua



Keputusan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua untuk tidak mempertahankan kedudukan dalam parti menimbulkan pro dan kontra dalam kalangan penyokong beliau.


Bagi Tian, keputusan itu bukan kerana dirinya tiada sokongan namun lebih kepada memilih untuk membantu memperkuatkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang dirasakan amat mencabar sejak dua dekad tertubuhnya KEADILAN.


"Sejujurnya saya dengar banyak keluhan dari kawan kawan dan penyokong yang bukan saja suruh saya pertahan kedudukan naib presiden tetapi ada suruh bertanding sebagai timbalan. Bukan alasan senioriti tetapi menunjukkan parti kita berbilang kaum dan tidak ada kriteria golongan tertentu yang boleh pegang.


"Namun kali ini kita berhadapan PRU, masa yang kritikal. Ini bukan masa puaskan ego saya, boleh pegang jawatan ini atau apa. Bagi saya yang penting adalah memantapkan kekuatan kita sebagai satu pasukan.


"Kita tidak akan yakinkan rakyat bahawa kita boleh tadbir negara dengan baik atau pertahankan hak mereka. Bagaimana orang itu cerdik, disokong dengan alat paling moden pun mereka tidak akan dapat yakinkan.



"Rakyat hanya yakin jika melihat pasukan yang kuat. Pada saya dalam parti kita harus ada pimpinan, timbalan presiden yang boleh complement kepada presiden, buat kerja tambahan yang presiden tak boleh buat.


"Juga kalangan pimpinan senior yang mampu untuk membawa konsensus, kemuafakatan dan membina satu pasukan kukuh. Itu satu cara berkesan yakinkan rakyat," katanya dalam forum maya "Jangan Panas Bersama Sam" yang dimoderatorkan Ketua Penerangan KEADILAN pusat oleh Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, petang semalam.


Menurut Tian lagi, anggota parti perlu sedar bahawa KEADILAN unik dengan kepelbagaian.


Dengan keunikan dan kepintaran para pemimpinnya untuk menggembeleng kepelbagaian itulah, kata Tian, parti semakin kuat pada setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU) dan pada 2018 berjaya menumbangkan BN.


"KEADILAN unik sejak ditubuhkan. Ini rahsia kita kekal sampai sekarang biar pun parti agak muda. Rahsianya dalaman kita inklusif, pelbagai kaum, ideologi, pelbagai latar belakang. Ada agamawan, ada ilmuan, aktivis NGO dan macam macam


"Walaupun berbeza ini menjadikan kita kuat. Di luar kita jadi parti jambatan semua parti lain. Kita perantara. Walaupun nampak letih. Kalau ikut hati kita cari jalan sendiri. Tetapi kalau kita pilih jalan itu parti ini tidak akan jadi kuat.


"Parti perlu inklusif. Kita perlu menggabungkan tenaga dan parti politik sehaluan untuk lawan musuh bersama," katanya.


Justeru, Tian mengharapkan budaya politik sihat dapat ditunjukkan dalam pemilihan 2022.


Katanya, jika KEADILAN melepasi pemilihan tersebut dengan baik maka cabaran yang lebih besar dari musuh musuh politik akan lebih mudah untuk dihadapi.


"Kita perlu berhadapan pemilihan secara tenang. Lawan hujah dengan hujah.


"Saya rasa pengundi dalam pemilihan ini akan menentukan mana pemimpin yang akan bertahan. Cabaran kita untuk 3 tahun akan datang sangat besar," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER