top of page

'Jawatan nombor dua perlu setia, mantapkan parti'



Calon Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam debat anjuran Sinar Harian semalam menegaskan sosok yang paling wajar menjadi orang nombor dua parti adalah yang setia dan mampu memantapkan organisasi parti.


Katanya, cukuplah parti mempunyai sosok yang membina empayar pengaruh peribadi yang menjadi orang nombor dua sejak beberapa kali pemilihan dan kesudahannya parti berpecah.


"Kalau saudara Anwar pengurus pasukan bola sepak sejak dua tahun lepas, pasukan dia kini tak lengkap. Dia tinggal 6 orang (daripada 11 pemain). Itu keadaan yang berlaku kepada KEADILAN


"Saya selama 23 tahun percaya kesetiaan kepada idealisme perjuangan dan bukannya sosok pemimpin. Setia masa susah, masa senang, kesetiaan ini suatu yang mahal dalam perjuangan.


"Saya punya tekad untuk mengisi lompong ini. KEADILAN jadi kuat apabila dapat menguruskan potensi ini. Jawatan nombor dua apabila dapat mengurus potensi ini dengan baik, akan memantapkan organisasi sampai ke akar umbi.


"Arahan yang betul, dapatkan konsensus, amalkan pendekatan konsultatif dan bersedia berkerjasama dengan semua orang dan pantang timbalan ini membina empayar politik sendiri.


"Cukuplah dengan apa yang berlaku apabila orang nombor dua membina empayar politik peribadi. Bukan membina kekuatan parti," katanya dalam debat bertajuk "Siapa Layak Bersama Anwar?".


Dalam pada itu, beliau juga gembira apabila Rafizi Ramli masuk semula mengambil bahagian dalam parti dan melengkapkan pasukan KEADILAN.


Justeru, Saifuddin menawarkan kerjasama baharu yang mantap biar siapa sahaja yang akan menang atau kalah dalam pemilihan kali ini.


"Hari ini kita berpeluang membetulkan. Saat saya dan Rafizi menawarkan pembelaan kepada anggota parti, kami bekerja sebagai satu pasukan. Kami akan mewujudkan gabungan yang mantap.


"Paling penting kami ada perasaan istiqomah dan tawaduk, rendah diri. Ciri ini kami ada dan kalau ditakdirkan satu hari nanti Datuk Seri Anwar meninggalkan lapangan politik. Maka parti demokratik ini membenarkan pemilihan parti itu dibuat dengan menghargai penilaian anggota parti.


"Bila saya menawarkan diri saya terima hakikat, jika anggota pilih, saya tunaikan tanggungjawab, jika anggota parti menolak maka tempat itu tempat saudara Rafizi dan saya terus kekal dalam bahtera ini sehingga cita cita untuk menguasai negara dan menempatkan saudara Anwar sebagai PM tercapai," katanya lagi.


Pada pusingan penutup Saifuddin berpesan, bisnes utama KEADILAN ialah menang pilihan raya. Sebelum parti beri tawaran kepada rakyat maka parti mesti dilihat bersatu dan kompak. Parti perlu mengurus dahulu rumahtangga supaya jangan berantakan.


Katanya, harus ada disiplin dalam membuat keputusan dalam parti. Dan rakyat akan memberi undi jika rumah tangga parti itu tidak berantakan. Tegas beliau strategi tidak cukup menggapai imaginasi rakyat untuk kembali memerintah negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page