top of page

Jatuh dalam lubang kumbahan: Sekolah patut pastikan fasiliti berkeadaan baik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 27
  • 2 min read
ree

Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Juwairiya Zulkifli (gambar), menzahirkan rasa dukacita atas insiden tragis melibatkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan di sebuah sekolah di Negeri Sembilan pagi tadi.


Menurut beliau, kejadian sedemikian tidak seharusnya berlaku sekiranya semua kemudahan di sekolah berkenaan dipantau rapi dan dipastikan dalam keadaan selamat.


"Saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga mangsa kanak-kanak 9 tahun yang maut terjatuh ke dalam saluran kumbahan di sekolahnya di Negeri Sembilan.


"Amat dukacita dengan kejadian yang menimpa Allahyarham, yang mana kejadian ini boleh dielakkan dan tidak akan berlaku jika pihak pentadbir sekolah memastikan semua fasiliti dalam sekolah berada dalam keadaan baik dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

ree

Beliau yang juga Pegawai Penyelaras DUN Hulu Kelang menegaskan insiden tersebut menjadi satu pengajaran buat semua pihak, sama ada pentadbir sekolah mahupun ibu bapa.


"Para ibu bapa punya hak untuk menyoal dan memantau pihak pentadbir sekolah agar sekolah berada dalam keadaan selamat untuk anak-anak mereka dihantar belajar," tegasnya.


Juwairiya turut menggesa Kementerian Pendidikan agar mengambil serius kejadian ini dengan memastikan tiada lagi insiden malang berlaku akibat kecuaian atau kealpaan pihak kontraktor dan pentadbir sekolah.


"Tindakan tegas harus diambil kepada pihak yang bertanggungjawab. Kempen 'Sekolah Selamat' harus diaktifkan dan pastikan ia dilaksanakan," katanya.


Dalam kejadian pagi tadi, seorang murid lelaki sebuah sekolah rendah di Lenggeng maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan sedalam 1.8 meter.


Difahamkan, mangsa berusia sembilan tahun yang juga anak kepada Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan terjatuh ketika memijak penutup lubang jenis fiber di kawasan sekolah semasa program kejohanan sukan olahraga di sekolah tersebut sekitar jam 9 pagi.


Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan kejadian tersebut.


"Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk mendapatkan rawatan. Walau bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.


"Bedah siasat akan dijalankan di Hospital Rembau bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. Setakat ini, siasatan awal mendapati insiden berlaku akibat kemalangan dan tiada unsur jenayah dikenal pasti," katanya dipetik Sinar Hari

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page