top of page

JASA jadi J-Kom, kerajaan PN terdesak - Syed Ibrahim



Mengubah nama JASA yang dipertikaikan kerana diberi peruntukan RM80 juta bagi tujuan propaganda kerajaan kepada J-Kom tidak menyelesaikan kontroversi.


Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, penukaran nama seperti yang disebutkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat petang tadi tidak mengubah peranan agensi tersebut yang dianggap membazirkan dana.


"Saya menganggap isi-isi jawapan yang dibentangkan oleh menteri dalam dewan hanyalah langkah terdesak setelah dikecam oleh pelbagai pihak.


"Penjenamaan semula JASA kepada J-Kom tidak menjawab persoalan sebenar yang berbangkit, apa keperluan penubuhan unit ini di kala negara dalam krisis kesihatan dan ekonomi?


"Peruntukan untuk BERNAMA telah dikurangkan sebanyak RM 12 juta, RTM dikurangkan hampir RM 100 juta, Jabatan Penerangan telah dikurangkan sebanyak lebih RM 10 juta dan FINAS telah dikurangkan sebanyak RM 3 juta.


"Mengapa peruntukan untuk agensi-agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) ini dikurangkan sedangkan JASA atau J-Kom diperuntukkan lebih RM 80 juta?" tanyanya.


Jurucakap Telekomunikasi, Digital dan Pengangkutan KEADILAN itu juga mahu kerajaan Perikatan Nasional sedar rakyat tidak mahu penubuhan satu agensi yang membazir dan bertindih tugasnya dengan agensi-agensi penerangan sedia ada.


"Meskipun menteri menyebut bahawa peruntukan itu akan dikurangkan, namun bukankah itu menunjukkan agensi-agensi ini tidak ada keupayaan untuk melaksanakan objektif dan peranan mereka sehingga perlu diwujudkan JASA atau J-Kom?


"Selain itu, sekiranya Belanjawan 2021 diluluskan dan J-Kom ini ditubuhkan, apa jaminan pihak KKMM bahawa agensi J-Kom ini tidak disalahguna sebagai agen propaganda kerajaan?


"Berkenaan isu perjawatan dan lantikan bagi agensi ini, apa jaminan pihak KKMM tidak akan ada campurtangan politik?" tanyanya lagi.


Sehubungan itu, Syed Ibrahim menyeru agar KKMM menilai semula keperluan dan perancangan penubuhan unit ini berbanding menyahut seruan inisiatif memperkasakan agensi dan unit sedia ada agar peruntukan untuk J-Kom dapat disalurkan kepada medium yang lebih memerlukan dan kritikal seperti infrastruktur internet luar bandar atau medium pendidikan di bawah KKMM.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page