Janji manifesto BN selesai masalah kewarganegaraan, dulu Zahid menteri KDN buat apa?



Kenyataan Presiden Umno Zahid Hamidi menyokong tuntutan Wanita BN bagi menyelesaikan isu kewarganegaraan anak daripada ibu warganegara bersama pasangan bukan warganegara yang lahir di luar negara melalui manifesto pilihan raya BN satu hipokrasi.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, David Cheong, bukankah Zahid sebelum ini adalah Menteri Dalam Negeri yang boleh menyelesaiakn isu berkenaan ketika BN berkuasa.


Namun katanya, Zahid memilih untuk memejamkan mata terhadap isu berkenaan sehingga di bawa ke mahkamah dan rakyat menunggu bertahun tahun untuk penyelesaian isu itu.


"Satu lagi “gula-gula politik” ditaburkan oleh Presiden Umno, iaitu untuk menyelesaikan isu kerakyatan anak lahir di luar negara oleh ibu warga negara Malaysia dalam manifesto pilihan raya BN.


"Beliau (Zahid) sedar atau tidak, bahawa beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri sebelum ini," katanya.


Menurut David, sekiranya Umno dan BN serius ingin mengatasi masalah tersebut mereka telah lama mencari jalan untuk melakukannya.


Malah kerajaan BN ketika ini pun masih merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan kewarganegaraan anak diiktiraf daripada kewarganegaraan ibu, bukan bapa sahaja.


"Umno lebih 60 tahun memerintah Malaysia dan ketika ini Kerajaan Persekutuan diterajui oleh Perdana Menteri dari parti Umno. Sekiranya Umno dan Barisan Nasional serius mahu mengambil berat berkaitan isu ini maka sejak dahulu lagi mereka akan memperjuang serta memperbetulkannya.


"Ini tidak, bukan sahaja semata-mata mahu menjadi jaguh politik tetapi juga mahu mengaburi mata rakyat. Rakyat hari ini sudah cerdik dan mampu menilai yang mana kaca, yang mana pula permata," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER