top of page

Janji 150,000 laptop tinggal janji


Ahli Parlimen Padang Serai, M Karupaiya menyifatkan janji kerajaan untuk mengedarkan 150,000 laptop seolah-olah tinggal janji kerana sehingga hari ini masih belum diedarkan.


Beliau berkata, ramai yang masih tertunggu-tunggu untuk mendapat bantuan tersebut kerana tidak mempunyai alatan mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)


"Janji 150,000 laptop masih tinggal sekadar janji, masih Menteri Kewangan yang sama. Saya ada baca beberapa luahan guru tentang kesukaran dihadapi dengan PdPR, mereka masih guna format tradisional dengan pembelajaran atas talian.


"Pandemik besarkan jurang pembelajaran dari keluarga kurang berkemampuan akan terus ketinggalan jika perubahan tidak dilakukan," katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.


Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer turut mencelah dan mempersoalkan perkara tersebut.


"Kenapa selepas 150,000 laptop diumumkan, tidak ada satu unit pun yang telah diedarkan, takkan kerajaan tak ada duit, lebih kurang satu setengah tahun, anak belajar di rumah kenapa tidak diedarkan, satu pun tidak diedarkan, pendidikan tidak diutamakan.


"Di mana menteri pendidikan, takkan Yang Berhormat di sebelah sana pun tak ingin tanya, kalau tak boleh bahas di sini tidak apa, sekurang-kurangnya tegurlah menteri.


"Tolong nasihatkan menteri, satu unit pun tak edar sampai sekarang," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page