top of page

'Jangan undi Mohd Amar'



Adik kepada mantan Mursyidul Am Pas, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa pengundi di DUN Panchor untuk tidak mengundi Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah yang mewakili Pas.


Nik Din Nik Mat membuat gesaan itu susulan dakwaan beliau bahawa pemimpin Pas Kelantan, Mohd Amar menjadi punca anak bekas Menteri Kelantan itu, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.


Dalam satu rakaman video berdurasi dua minit 22 saat, beliau mendakwa, nama bekas Ahli Parlimen Bachok itu pada awalnya tersenarai, namun ditolak oleh Mohd Amar.


Dakwa Nik Din kerana calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor itu tidak mahu legasi keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz bertapak di Pengkalan Chepa.


Pendedahan itu dikongsikan menerusi satu rakaman video berdurasi dua minit 33 saat yang tular sejak petang ini.


"Apa yang sampai di telinga saya, beliau (Mohd Amar) tidak bagi keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz bertapak di kawasan Pengkalan Chepa.


"Oleh itu saya merayu kepada mereka yang melihat video ini termasuk pengundi di DUN Panchor supaya tidak mengundi Mohd Amar dan biar beliau kalah," katanya dipetik laporan BH Online.


Nik Din sementara itu mendakwa beliau pada 23 Jun lalu telah mendapat jaminan dari Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Nik Mohammad Abduh akan dicalonkan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page