top of page

Jangan sibuk hal PH, masa hadapan politik Azmin sendiri kabur - Syed Badli



Kenyataan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali kononnya Pakatan Harapan (PH) berbalah isu logo yang akan digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kelihatan cangung.


Menurut Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Damansara, Syed Badli Shah Syed Osman, Bersatu sendiri lintang pukang menghadapi PRN dengan komponen terbesarnya Pas masih berura ura mahu merundingkan kerusi dengan Umno Johor.


Azmin pula, dakwa Syed Badli, tidak mampu memainkan peranannya sebagai pemimpin utama Perikatan Nasional kerana tidak diyakini oleh rakan rakan berdasarkan sejarah silam politik beliau.


"Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali kelihatan begitu canggung berbicara soal PH sedangkan dalaman PN itu sendiri kini berkecamuk dan hampir berpecah belah.


"Secara jelas Umno yang merupakan rakan sekutu rapat PN mula menolak gabungan itu kerana amalan politik khianat berleluasa dalam PN.


"Azmin semakin tidak dipercayai oleh rakan-rakan sekutunya kerana beliau sendiri mempunyai rekod pengkhianatan terhadap rakan sepasukan," ujar mantan Naib Ketua AMK itu.


Tambah Syed Badli lagi, Bersatu hakikatnya semakin ditinggalkan oleh rakan rakan sekutu yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan 2 tahun lalu.


Oleh itu masa hadapan politik Azmin, katanya, akan semakin kabur selepas PRN Johor memandangkan Umno akan membalas dendam dan berusaha sepenuh daya untuk menguburkan Bersatu.


"Selepas PRN Melaka, Sarawak dan kini Johor, PN semakin ditinggalkan oleh rakyat dan rakan-rakan sekutu


"Saya menjangkakan masa depan politik Azmin semakin kabur dan PN bakal terkubur dalam sedikit masa lagi.


"Justeru itu, saya ingin menasihatkan Azmin agar berhati-hati dalam berbicara kerana kisah pengkhianatannya akan sentiasa dikenang sepanjang hayat," katanya lagi.


Semalam, Azmin mengulas tindakan KEADILAN enggan menggunakan logo PH pada PRN Johor menunjukkan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula hilang keyakinan pada gabungan pembangkang itu.


Sedangkan, isu logo tidak timbul dalam PH dan keputusan secara konsensus telah dibuat beberapa hari yang lalu.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page