top of page

Jangan tukar pekerja tempatan dengan pekerja asing



Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar memberi amaran keras kepada majikan agar tidak memberhentikan pekerja tempatan bagi menggaji pekerja asing untuk menggantikan mereka.


Sivakumar pada sidang media di Putrajaya selepas menyampaikan sijil kepada graduan program Pensijilan Profesional Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) 2023 berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana majikan yang didapati melakukan perkara itu.


Kerajaan mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing bukan untuk menggantikan pekerja tempatan sebaliknya bagi memenuhi keperluan di lima sektor kritikal.


"Tiada sebarang alasan akan diterima sekiranya kerajaan mendapati situasi ini berlaku hingga menyebabkan pekerja tempatan hilang mata pencarian," katanya.

Amaran itu susulan aduan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini yang mendakwa terdapat pekerja tempatan di sektor kritikal iaitu perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (restoran) telah diberhentikan untuk digantikan dengan pekerja asing.


Pada 10 Jan lalu, satu Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.


Ia sebagai langkah memenuhi keperluan tenaga kerja, selain melaksanakan semula Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.


Langkah itu sebagai sebahagian usaha melindungi operasi sektor-sektor kritikal antaranya perladangan, pertanian dan pembinaan yang kurang diminati rakyat tempatan.


Dianggarkan lebih 700,000 pekerja warga asing telah pulang ke negara masing-masing ketika pandemik Covid-19.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page