'Jangan tinggal solat kerana dahulukan mengundi'
- Suara Keadilan
- 5 days ago
- 1 min read

Rakyat masih ingat pendapat Presiden Pas bahawa demi mencapai kemenangan politik Islam maka ibadah haji boleh ditangguhkan.
Hal itu diperingatkan oleh Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar kepada pengundi yang membuang undi pada Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning hari ini, agar berhati hati dengan golongan yang mahukan kuasa dan memberi pendapat bercanggah dengan ajaran Islam.
Katanya, pengundi perlu berfikir dengan matang sebelum menentukan wakil rakyat yang mahu dilantik. Katanya, kalau golongan itu boleh menangguhkan haji maka tidak mustahil solat juga ditangguh kerana mahu mengundi.
"Soal kefarduan menunaikan haji ini tidak berubah...
"Macam mana pula dengan solat (yang juga wajib)? Jangan kata boleh tinggalkan solat nanti satu hari, sebab nak pergi mengundi. Kena menungundi dulu, solat itu boleh ditinggal. Tak mustahil mereka boleh cakap macam itu sebab nak kuasa.
"Misalnya orang itu nak mengundi dah terlewat tak sembahyang lagi, antara sembahyang dan pergi mengundi nak buat mana (dulu)?" tanya mantan ADUN Meru, Selangor itu.
Katanya, umat Islam perlu utamakan ibadah fardu ain yang wajib kepada mereka yang mampu dan tidak uzur mengerjakannya.
"Silap, mereka tukar pergi mengundi dulu baharu sembahyang. Sedangkan perkara yang wajib menunaikan haji, kita sendiri tahu nak dapat visa, nak dapat kebenaran tunai ibadah bukan senang," kata Penggerak MAPIM bagi rantau Asia Tenggara itu dalam satu keratan video.
Pengundi di DUN Ayer Kuning menunaikan tanggungjawab mereka pada hari ini.
Sehingga pukul 12 tengah hari sebanyak 34.06% pengundi telah keluar mengundi.
Comments