Jangan timbulkan persepsi Malaysia dapat arahan dari China - PH



Pakatan Harapan (PH) mengingatkan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar tidak mengaitkan lawatan kerja beliau ke China untuk membincangkan pakatan AUKUS (Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat) yang akan menimbulkan presepsi negatif.


Menurut Majlis Presiden PH, kenyataan Hishamuddin berhubung lawatan tersebut membayangkan seolah-olah Malaysia menerima arahan daripada China.


"Kenyataan Hihamuddin adalah tidak tepat sama sekali biarpun pendirian rasmi kerajaan Malaysia, seperti yang ditekankan oleh Perdana Menteri, Menteri Luar Negeri dan Menteri Pertahanan telah menyatakan kebimbangan bahawa AUKUS bakal mencetuskan persaingan senjata di rantau ini, selari dengan pendirian Pakatan Harapan.


"Malaysia dipandu oleh Kertas Putih Pertahanannya yang telah diluluskan di Parlimen secara dwipartisan pada 2 Disember 2019.


"Salah satu daripada lima prinsip asas pertahanan yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan adalah “Keneutralan aktivis”, iaitu “mengamalkan dasar berkecuali dan mempromosikan kerjasama dengan memberi penekanan terhadap keterangkuman dan perkongsian kemakmuran, seiring dengan perkongsian keselamatan serta perkongsian identiti," kata kenyataan itu.


Tambah Majlis Presiden, keneutralan aktivis tidak bermaksud Malaysia berpeluk tubuh apabila ada percubaan untuk menjejaskan kedaulatan negara dan serantau.


Tegas mereka, Malaysia seharusnya bersuara lantang terhadap kuasa Barat sekiranya berlakunya persaingan senjata di rantau ini.


"Namun pada masa sama Malaysia juga perlu mempengaruhi China secara aktif supaya menghormati kedaulatan negara-negara serantau, serta peranan ASEAN di rantau ini.


"Kita tidak boleh dilihat memihak dan memberi gambaran Malaysia menerima arahan daripada mana-mana pihak," kata mereka lagi.


AUKUS adalah kerjasama keselamatan, perisikan dan teknologi yang baru melibatkan tiga negara. Dua daripadanya adalah kuasa nuklear.

Bagaimanapun isu pemerolehan kapal selam berkuasa nuklear mengundang paling banyak perhatian.


Langkah itu dilihat sebagai usaha blok Barat untuk melawan pengaruh China yang semakin meningkat dan kehadiran tenteranya khususnya di Laut China Selatan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER