Jangan terpesona PM baik: Utamakan idea, kepantasan bertindak selesai masalah - Shamsul



Penampilan imej 'budiman' Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak wajar dijadikan kriteria utama kepada rakyat negara ini dalam memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Malaysia sebelum ini juga pernah mempunyai PM yang jauh lebih budiman daripada Ismail Sabri dan sering menjadi imam solat.


Namun katanya, PM Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) ketika itu tidak cemerlang memerintah manakala ekonomi negara tidak ke mana di bawah pentadbirannya.


"Jangan kita terpesona dengan PM yang baik. Kita mesti ada keupayaan untuk mengukur kemampuan seseorang itu untuk memimpin berdasarkan gagasan, ilham, budaya kerja dan kepantasan dia dalam melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan.


"Kita jangan lupa tahun 2004 kita ada seorang PM yang cukup baik. Jadi imam, Abdullah Badawi. Kita terpesona dan buat pertama kali Malaysia menyaksikan sokongan yang begitu padu (PRU 2004) diberikan kepada BN.


"Apa kesilapan Pak Lah? Dia memberikan kedudukan PM kepada Najib. Itu tak sepatutnya berlaku tetapi berlaku.


"Kemudian rakyat menyokong Najib. Dia bagi macam macam, tetapi kita lupa bahawa akhirnya kita menyaksikan orang yang bagi cash hand out ini penyamun di luar kotak.


"(Samunnya) bukan di luar bayangan kita, tetapi di luar kotak (di luar imaginasi). Kita telah menyaksikan perkara ini dalam negara kita. Jadi kita jangan terpesona kepada PM yang nampak baik, cakap lembut," katanya dalam bual bicara Facebook live, malam tadi.


Tambah Shamsul lagi, PM Ismail mungkin mudah dikenali dengan kekerapan beliau membuat pengumuman.


Namun katanya, tidak ada penyelesaian masalah rakyat yang tuntas diperolehi daripada pengumuman beliau itu.


"Kita tengok yang beliau seronok lakukan adalah pengumuman. Umum sana sini. PM pengumuman namanya. Bukan PM yang boleh mengolah, mengatasi masalah harga barang.


"Misalnya, saya sebagai PM mengarahkan satu tindakan tegas. Apa tindakan, panggil pengilang, pengeluar dan sebagainya. Ini bila ada satu masalah umum jawatankuasa jihad. Nama cantik, takut jadi jawatankuasa jahat.


"Saya minta rakyat jangan terpesona dari gambaran luaran ini," katanya.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu juga membidas pentadbiran PM Ismail yang tidak mengambil langkah segera dalam menangani kejatuhan nilai ringgit sehingga menyebabkan harga barangan pengguna yang diimport melambung, dan menyusahkan golongan berpendapatan rendah.


"Misalnya kejatuhan ringgit, bagaimana kita berdepan? Ini cabaran besar. Saya tak nampak tindakan segera yang dilakukan PM.


"Sedangkan kita berdepan satu realiti membimbangkan. Kalau tengok Indonesia ramai pelabur ke sana. Juga Vietnam, biar pun bukan negara demokrasi," ujarnya.


Justeru, Shamsul menyeru agar profesional warga Malaysia di luar negara untuk pulang memberi idea kepada mana mana pemimpin di negara ini yang sanggup mendengar cara atau formula untuk memperbaiki ekonomi negara yang makin parah.


"Pada saya rakyat Malaysia di luar negara, apatah lagi saya sebagai Pengerusi Biro Antarabangsa, saya nak seru rakyat yang berada di Amerika Syarikat, Australia, seluruh dunia. Ayuh kembali ke Malaysia dan sumbangkan idea anda kepada pimpinan yang sudi untuk mendengar pandangan.


"Saya percaya kita sebagai satu pasukan. Supaya kita boleh bangkit semula sebagai sebuah negara atas prinsip 'Bersekutu Bertambah Mutu'," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER