top of page

Jangan terpengaruh kempen melaga-lagakan kaum - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
DS Anwar mengingatkan rakyat tolak perkauman dalam ucapan di Kuala Lumpur. Foto: FB Anwar
DS Anwar mengingatkan rakyat tolak perkauman dalam ucapan di Kuala Lumpur. Foto: FB Anwar

Rakyat di negara ini diseru agar tidak terpengaruh dengan anasir dan kempen yang cuba melaga-lagakan kaum.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan segelintir ahli politik cuba melaga-lagakan itu bukan saja menggugat perpaduan kaum, malah merugikan rakyat.


"Sebab itu selalu saya rayu, jangan dengarlah kempen-kempen yang lagakan ini Melayu, ini parti Cina, (maka kita) lawan. Yang ruginya rakyat di bawah.


"Masalah (di bawah) ini luas, panjang (pelbagai). Siapa yang nak perjuangkan kalau masing-masing gaduh soal kaum?


"Sebab itu saya kata, naratif, wacana, dasar perjuangan rakyat ini mesti kita bawa perubahan. Kembalikan roh dan jiwa yang baik dalam kalangan manusia," katanya dipetik.


Anwar sebelumnya berucap pada Majlis Pecah Tanah Perumahan Kekal bagi penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara di Kuala Lumpur pada Isnin.


Acara itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan.


Sebelum ini, Anwar menegaskan Malaysia mesti terus berpaksikan prinsip masyarakat majmuk seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta menolak sebarang bentuk politik kebencian berasaskan kaum.


Jelasnya, biarpun landskap politik negara sering diwarnai perbezaan pandangan dan persaingan parti politik, hakikat kepelbagaian kaum dan budaya yang menjadi asas pembentukan negara tidak boleh dipertikaikan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page