top of page

Jangan terpengaruh isu dibawa pembangkang goyahkan kerajaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 18
  • 1 min read

ree

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat tekad melangkah ke hadapan, menyahut seruan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar merangkul segala kekuatan dan berganjak meninggalkan episod pemilihan pada Mei lalu.


Timbalan Ketuanya, Muhammad Izuan Ahmad Kasim (gambar) menyifatkan, seruan itu sebagai langkah penting demi memastikan KEADILAN kekal utuh dan terus relevan dalam landskap politik negara.


"Tadi Presiden (Datuk Seri Anwar) ada juga menyentuh beberapa perkara berkenaan isu semasa yang mana Presiden minta agar ahli-ahli menjawab (apa yang dipersoalkan).


"Kedua, jangan terlalu terpengaruh dengan sebarang isu yang dibawa pembangkang kerana ia memang direka untuk memastikan Kerajaan MADANI ini goyah.


"Maksudnya, Kerajaan Perpaduan ini dilihat seolah-olah berpecah.. dalam KEADILAN sendiri seolah-olah ada dua atau tiga kem," katanya kepada Suara Keadilan.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara ditemui pada Seminar Pemantapan Organisasi dan Jelajah Presiden KEADILAN Peringkat Negeri Selangor .


Program yang diadakan di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam hari ini turut dihadiri oleh Anwar sendiri, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri R Ramanan; Setiausaha Agung KEADILAN, Senator Dr Fuziah Salleh; Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek serta Ketua AMK Pusat, Kamil Munim.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page