top of page

Jangan terpengaruh ahli politik keluar hukum sewenang wenangnya



Hukum 'haram' menyokong atau mengundi sesuatu pihak yang dikeluarkan oleh seorang ahli politik dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Johor mendapat teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).


Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, hukum hakam berkaitan syarak perlu mempunyai disiplin fiqh yang sepatutnya dan tidak boleh dikeluarkan secara sewenang wenangnya.


"Saya ingin merujuk berita yang tular di media sosial berkaitan kenyataan seorang pemimpin politik yang menyatakan hukum haram memberikan undi kepada seorang calon yang bertanding di PRK Parlimen Pulai.


"Saya menzahirkan rasa bimbang terhadap kecenderungan pihak yang mengeluarkan hukum berkaitan syarak secara sewenang-wenang tanpa disiplin yang sepatutnya. Perkara ini boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat dan mencemar kesucian ajaran Islam," katanya.


Meskipun, menurut Dr Naim, penggunaaan istilah haram mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka boleh didefinisikan kepada enam maksud, namun katanya, masyarakat di Malaysia sering mengaitkan istilah haram dengan hukum syarak iaitu "hukum tegahan (dalam Islam) yang dijanjikan ganjaran pahala bagi orang yang mematuhinya dan dosa bagi orang yang meng-ingkarinya".


Oleh itu, kata beliau, selaku badan yang diberi amanah dalam menjaga dan memelihara kesucian agama Islam di negara ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat khuatir dengan tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghukum pihak yang tidak sealiran secara bermudah mudah.


"Situasi ini akan mencetuskan bibit-bibit perpecahan yang lebih serius dan mengancam keselamatan negara.


"Negara kita mempunyai pihak berautoriti dalam mengeluarkan pandangan hukum atau fatwa mengenai sesuatu perkara.


"Saya berharap kita semua menghormati pihak berautoriti dan tidak terpengaruh dengan hukum-hukum yang dikeluarkan untuk tujuan kepentingan politik," katanya lagi.


Dr Na'im juga menasihatkan pihak yang terlibat dalam PRK kali ini bersaing secara sihat dengan mengemukakan buah fikiran serta idea idea membangunkan rakyat tanpa menyentuh sentimen keagamaan atau perkauman.


Kelmarin sewaktu berceramah di Kempas, Pengerusi PN, Mahiaddin Yassin meletakkan haram hukumnya bagi mereka yang mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page