top of page

Jangan takutkan rakyat Sabah yang mahu keluar mengundi


Tujuh calon KEADILAN memberi jaminan kepada rakyat Sabah supaya tidak perlu takut untuk keluar mengundi pada 26 September ini.


Ini berikutan kenyataan daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali yang mendedahkan ada cubaan kemasukan rakyat negara jiran untuk membuat kekacauan pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


"Kami yakin profesionalisme pihak Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Angkatan Tentera Malaysia dan pihak berkuasa yang lain dalam memastikan keselamatan rakyat.


"Rakyat Sabah cukup matang dan bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa bagi memastikan perjalanan PRN Sabah berlangsung dengan lancar.


"Kedudukan serta hak milik Sabah tidak wajar dipolitikkan. Kami percaya setiap rakyat Malaysia berdiri teguh atas fakta Sabah adalah milik Malaysia," menurut kenyataan.


Pada masa sama, calon-calon KEADILAN berharap isu ini tidak dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah.


"Kami ingin memberi amaran keras, jangan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mempergunakan isu ini untuk mengelirukan dan menakutkan rakyat Sabah.


"Sementara pihak polis menjalankan siasatan lanjut tentang ancaman ini, kita berharap rakyat Sabah bertenang. Jangan memperbesarkan isu ini dan paling penting jangan menyebarkan maklumat yang belum disahkan oleh pihak berkuasa.


"Oleh itu kami ingin mengingati orang ramai supaya merujuk sumber berita yang sahih, yang paling penting ialah tidak pasti jangan kongsi," katanya lagi.


Kenyataan itu dibuat secara bersama oleh calon DUN Api-Api, Christina Liew, calon DUN Tempasuk, Mustapha Sakmud, calon DUN Inanam, Peto Galim, calon DUN Klias, calon DUN Sook, Raymond Ahuar, calon DUN Tamparuli, Alijus Sipil dan calon DUN Matunggong, Sazalye Donol Abdullah.

0 comments

Recent Posts

See All

Komentar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page