top of page

Jangan sulitkan proses pesakit terima rawatan - Menteri



Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengingatkan petugas dan pengamal perubatan di sektor awam memberi rawatan tanpa mengira kod etika pakaian mahupun latar belakang pesakit.


Bercakap di Dewan Rakyat semalam, Dr Zaliha berkata langkah itu wajar kerana setiap petugas perubatan telah mengangkat ikrar ‘Hippocratic Oath’ termasuk kesediaan membantu pesakit sebaik baiknya.


"Saya maklum mengenai perkara ini termasuk perkara lain yang tular baru-baru ini. Berkemungkinan ia berlaku akibat masalah komunikasi.


"Kita akan ambil tindakan segera bagi mengelak keadaan daripada berulang jika terima sebarang aduan mengenainya," katanya.


Ahli Parlimen Sekijang itu menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) sama ada rawatan akan diberi kepada pesakit yang tidak memenuhi kod etika pakaian ketika hadir ke fasiliti kesihatan awam.


Sementara itu, Dr Zaliha ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Dr Halimah Ali (PN-Kapar) yang mendakwa ada klinik kesihatan (KK) melarang pesakit menggunakan khidmat klinik berkenaan selepas persempadanan semula pilihan raya menegaskan bahawa petugas kesihatan memenuhi pendekatan ‘No Wrong Door Policy’


Beliau mengingatkan anggota kesihatan di ‘triage’ atau kaunter pendaftaran untuk tidak menolak kehadiran mana-mana pihak yang ingin mendapatkan rawatan.


Sehubungan itu, Dr Zaliha berkata pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku pesakit dari luar kawasan persempadanan semula diarah ke KK di kawasan Parlimen yang didiami mereka.


"Jika benar berlaku, mohon buat aduan dan kita akan siasat serta mengambil tindakan sewajarnya," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page