top of page

Jangan sokong parti sering sebar fitnah - Amidi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 3, 2023
  • 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid


Pas biar pun dikenali sebagai parti yang membawa imej Islam dan terdapat sebilangan ulama dalam barisan kepimpinannya namun parti itu sejak kebelakangan ini sering kali terlibat dalam penyebaran fitnah.


Bagi Pengarah Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan, rakyat terutamanya pengundi yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Kecil dan sebagainya perlu berfikir dua kali sebelum memberi sokongan kepada calon daripada parti tersebut.


Katanya, dalam ajaran Islam konsep memilih imam bagi mengetuai solat perlu dipastikan individu yang tidak melakukan dosa besar mahu pun berterusan melakukan dosa-dosa kecil.


Dalam hal ini, pemimpin Pas pada 2019 lalu pernah menuduh aset Tabung Haji (TH) telah dijual kepada orang Cina, namun apabila dibuktikan aset tersebut kekal di tangan Kementerian Kewangan dan bakal diserahkan kembali kepada TH pada 2023, tiada seorang pun pemimpin Pas yang menarik balik tuduhan yang telah dibuat.


Sehubungan itu, Amidi berpendapat sikap Pas yang terus menerus membuat tohmahan tanpa asas itu adalah jauh daripada adab serta tuntutan Islam.


"Kalau dari segi imam sebaiknya elakkan (lantik) orang yang terlibat dengan dosa besar ataupun berterusan melakukan dosa-dosa kecil.


"Jadi saya rasa rakyat boleh menilai adab dan akhlak pimpinan Pas yang ketara meninggalkan adab serta akhlak Islam,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Selain itu dalam soal memilih pemimpin, beliau yang juga mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (2011 hingga 2015) menekan ciri-ciri pemimpin yang mempunyai budi pekerti mulia.


Hal itu, katanya, kerana tuntutan akhlak yang baik adalah sifat Nabi s.a.w yang sepatutnya ada pada setiap pemimpin yang perlu diutamakan oleh rakyat untuk dipilih.


"Nak tak nak kita kena memilih orang uswatul hasanah (pemimpin yang mempunyai tauladan baik) sebab sifat Nabi bukan sahaja al-amin (jujur dalam berkata-kata) tetapi pada budi pekerti dan tindakannya," kata beliau lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page