top of page

Jangan Sanggah Raja Raja Melayu Dalam Berpolitik



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Kebiadapan pimpinan parti politik kini semakin terserlah apabila secara terbuka menyanggah titah Raja-Raja Melayu terutama dalam isu berkaitan pentadbiran kerajaan. Terkini pimpinan politik Parti Islam SeMalaysia (Pas) iaitu Tan Sri Abdul Hadi Awang telah menyanggah titah Raja-Raja Melayu yang melarang ahli politik menyampaikan ceramah dan kuliah di masjid serta surau.


Beliau sebelum itu telah menyanggah titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu supaya kestabilan politik diwujudkan di Malaysia. Hj Hadi secara terbuka menyatakan bahawa titah Yang di-Pertuan Agong bukanlah qath’i (kata putus) dan kerajaan semasa boleh ditumbangkan.


Kedudukan Raja raja Melayu


Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong secara jelas dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri di Malaysia. Kedudukan institusi tersebut adalah Yang di-Pertuan Agong atas kesemua badan pentadbiran sama ada legislatif, judisiari dan eksekutif.

Mohd Fauzi Fadzil

Pentadbiran kerajaan dilaksanakan di atas kehendak dan panduan yang diberikan oleh Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Justeru Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong akan memberikan pandangan mereka sebelum Dewan Undangan Negeri dan Parlimen bersidang, halatuju dan matlamat yang ingin dicapai akan digariskan oleh Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong sebagai panduan setiap badan pentadbiran di Malaysia untuk diikuti.


Titah Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong boleh diperbetulkan jika ia benar bertentangan dengan perkara-perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.


Namun titah jangan menjatuhkan kerajaan yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong baru baru ini dilihat selari dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang mahukan kestabilan politik diperkukuhkan.


Malah dalam konteks negeri-negeri di Malaysia, Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam berhak membuat keputusan demi menjaga keharmonian rumah ibadat dan masyarakat.


Jangan derhaka Raja raja Melayu


Justeru tindakan ahli politik yang bertentangan titah Raja raja Melayu boleh dianggap sebagai derhaka serta tidak selari dengan kehendak Rukun Negara yang meletakkan kesetiaan kepada raja dan negara selepas kepercayaan kepada tuhan.


Sasterawan Negara Usman Awang pernah menyatakan di dalam sajaknya bahawa “Melayu itu orang yang bijaksana, kurang ajarnya tetap santun”.


Sebaliknya tindakan Hj Hadi Awang baru baru ini yang secara terbuka menyanggah titah Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong menunjukkan beliau telah hilang sifat santun sebagai ciri orang rakyat Malaysia.


Beliau harus sedar bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang teguh dengan konsep Raja Berpelembagaan, selagi titah Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri maka arahan mereka wajib ditaati.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page