
Nurul Izzah Anwar membidas kenyataan Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang cuba menyamakan kes bekas perdana menteri, Najib Razak dengan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah sebelum ini.
Dalam sesi perbahasan Titah Diraja, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata Anwar didapati bersalah kerana jelas terdapat campur tangan politik.
"Laporan dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Suruhanjaya Keadilan Antarabangsa membuktikan ada campur tangan pihak eksekutif maka dia tidak bersalah.
"Dalil-dalil yang digunapakai ini memastikan Ahli Parlimen Port Dickson sentiasa berdiri pada prinsip tidak bersalah," katanya di Dewan Rakyat.
Izzah juga mencabar Najib untuk membuktikan beliau tidak bersalah sama seperti yang dilakukan Anwar.
"Beliau (Anwar) langsung tidak boleh disamakan dengan Ahli Parlimen Pekan melainkan Yang Berhormat Pekan boleh membuktikan sebaliknya," katanya.