top of page

Jangan rosak keharmonian N Sembilan dengan sentimen kaum

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read
Ust Azman (tengah) yakin mempertahankan kerusi DUN Sikamat, kubu kuat PH esok
Ust Azman (tengah) yakin mempertahankan kerusi DUN Sikamat, kubu kuat PH esok

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Sikamat, Nor Azman Mohamad Nor menyelar kecenderungan pihak tertentu yang gemar memainkan sentimen perkauman dan agama pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.


Beliau menegaskan, kempen tidak seharusnya dicemari permainan perkauman kerana retorik tersebut hanya akan menjejaskan perpaduan san memecahbelahkan rakyat di negeri itu.


"Pemimpin hanya hadir sepanjang tempoh berkempen, namun rakyat tempatan akan terus hidup bersama tanpa mengira kaum dan agama.


"Kamu berkempen dua minggu tetapi kami di Negeri Sembilan akan hidup bersama selama-lamanya.


"Jangan rosakkan keharmonian yang telah sekian lama kita bina semata-mata untuk memenangi pilihanraya," katanya dipetik sambil menyeru parti politik bertanding menumpukan perjalanan kempen kepada ekod pentadbiran, dasar serta tawaran kepada rakyat.


Sementara itu beliau menegaskan, kerjasama PH bersama DAP tidak pernah menghalang usaha Kerajaan Negeri memperkukuh syiar Islam sepanjang mentadbir Negeri Sembilan sejak 2018.


Setiap inisiatif berkaitan pembangunan Islam jelasnya mendapat sokongan daripada semua parti dalam kerajaan negeri, termasuk peningkatan peruntukan tahunan bagi hal ehwal agama.


"Selain itu, kerajaan negeri turut melaksanakan pelbagai projek pembangunan termasuk pembinaan 10 masjid dengan nilai keseluruhan RM90 juta, pembinaan Kompleks Pengajian Tinggi Agama bernilai RM15 juta serta kerja menaik taraf Masjid Negeri bernilai RM20 juta.


"Segala usaha untuk memartabatkan syiar Islam sentiasa mendapat sokongan rakan-rakan dalam kerajaan negeri kerana mereka memahami kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kepentingannya di Negeri Sembilan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page