top of page

Jangan remeh perjuangan pemimpin Sabah dalam parti dari Semenanjung

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 5
  • 2 min read


Perjuangan untuk membela hak rakyat Sabah tidak hanya terletak pada bahu parti tempatan negeri itu sebaliknya ia juga tanggungjawab semua pihak termasuk anggota parti dari Semenanjung Malaysia.


Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Rendy Ismail (gambar), berkata pihak tertentu tidak sewajarnya meremehkan usaha wakil-wakil pemimpin dari Sabah yang memilih untuk berjuang dalam parti dari Semenanjung Malaysia.


"Kami boleh perjuangkan hak rakyat Sabah agar didengari dan dijamin dalam parti Malaya (nama Semenanjung sebelum pembentukan Malaysia) yang kami sertai.


"Sekiranya ada sedikit kejayaan, semua itu untuk kebaikan orang Sabah juga," katanya dalam kenyataan.


Menurut Rendy, setiap individu dan ahli parti mempunyai peranan dalam memperjuangkan nasib rakyat negeri itu.


Dalam pada itu, beliau berkata pembelaan terhadap rakyat Sabah turut diberi tumpuan oleh AMANAH khususnya presiden parti itu Datuk Seri Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan apabila menyalurkan peruntukan besar kepada negeri Borneo berkenaan.


Pada 2024, Kerajaan Persekutuan meluluskan RM150 juta peruntukan khas untuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan RM33.6 juta daripadanya disalurkan kepada Sabah, menjadikannya penerima tertinggi, katanya.


Jelas Remy, dana itu merangkumi projek pembinaan 23 pusat pengumpulan hasil tani, kilang kopi serta pemulihan sawah padi terbiar seluas lebih 500 hektar.


"KPKM turut memperuntukkan RM15.5 juta untuk penyelenggaraan jalan pertanian, khususnya di kawasan jelapang padi Kota Belud serta RM54.4 juta insentif khas kepada lebih 31,000 pesawah di seluruh Sabah," ujarnya.


Selain itu, Remy berkata Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang dipengerusikan oleh Muhammad Faiz Fadzil yang juga Setiausaha Agung AMANAH telah menyalurkan RM22 juta ke Sabah bagi tujuan Elaun Sara Hidup Nelayan, pembinaan jeti dan baik pulih 50 rumah nelayan.


Malah katanya suara anak Sabah dalam AMANAH tidak pernah sunyi apabila beliau sendiri telah membangkitkan isu-isu berkaitan negeri itu sejak memegang jawatan Ketua Pemuda AMANAH Sabah pada 2019, termasuk mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri dan menyampaikan keperluan rakyat Sabah secara langsung ke peringkat tertinggi.


"Ketika Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub (Timbalan Presiden AMANAH) menjawat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, beliau datang ke Sabah hampir setiap bulan.


"Begitu juga SUA AMANAH selaku Pengerusi LKIM hadir ke Sabah bertemu nelayan setiap bulan. Kepedulian mereka ke atas Sabah tidak boleh dinafikan," katanya.


Remy menyeru agar semua pihak lebih inklusif dan tidak menolak usaha mana-mana individu yang jujur dalam memperjuangkan hak negeri Sabah.


"Tidak ada siapa yang mampu membantu negerinya melainkan mereka yang ikhlas dan jujur memperjuangkan hak Sabah. Maka biarlah kami mewakili rakyat Sabah di dalam parti Malaya yang bersuara dan mendesak demi negeri ini," kata beliau lagi.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page