top of page

Jangan putar belit kenyataan penguasaan bahasa Melayu



Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa tiada pihak cuba memutar belit kenyataannya berhubung penguasaan bahasa Melayu.


Gesaan itu sebagai mengulas kenyataan Pengarah NGO Lawyers for Liberty (LFL) Zaid Malek bahawa tiada keperluan bagi warganegara Malaysia yang secara rutin memohon pasport untuk menunjukkan kecekapan dalam berbahasa Melayu.


Hal itu setelah Saifuddin membela seorang pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor yang memarahi seorang wanita yang tidak fasih berbahasa Melayu yang membuat permohonan pembaharuan pasport anaknya.


"Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.


"Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.


"Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu," kata Saifuddin.


Terdahulu Saifuddin ketika mengulas insiden menegaskan adalah kewajipan selaku warganegara untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu.


"Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus. Tapi kerana bahasa Melayu..tiada," tegasnya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page