Jangan potong peruntukan pertanian, ulangi kesilapan PN 1.0 - Sim Tze Tzin



Belanjawan 2022 sektor pertanian seharusnya tidak mengulangi kesilapan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional 1.0 lalu yang memotong peruntukan buat petani.


Menurut Jurucakap Parlimen KEADILAN bagi Pertanian dan Komoditi, Sim Tze Tzin, akibat kesilapan itu pelbagai isu kelewatan, kekurangan subsidi dan kelemahan penyampaian timbul pada tahun ini.


"PH mengingatkan Kerajaan agar tidak ulangi kesilapan besar memotong 7% bajet Pertanian pada tahun 2021.


"Akibatnya, petani, nelayan dan penternak mengalami pelbagai cabaran tahun ini. Misalnya baja subsidi lewat, benih padi sah tidak kesampaian dan kuota subsidi minyak bot nelayan tidak mencukupi sepanjang tahun.


"Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan (PH) telah mengutamakan sektor pertanian sebagai sektor pertumbuhan baharu atau "New Engine of Growth" untuk negara kita.


"Dalam Bajet 2021, peruntukan sektor Pertanian telah menurun 7%. PH mendesak Kementerian Kewangan meningkatkan peruntukan dalam Bajet 2022 secara signifikan demi mencapai "wow" effect sebagaimana dikatakan oleh PM," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.


Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru itu, pandemik Covid 19 telah mengajar betapa perlunya negara berdikari dalam sektor pertanian apabila harga bahan makanan menjadi mahal kerana negara pengeksport kekurangan bekalan akibat wabak dan lockdown yang dilakukan.


"Dalam siri pertemuan dengan Menteri Kewangan, PH melalui wakil-wakil telah mengemukakan beberapa cadangan kepada Kementerian Kewangan.


"PH mencadangkan peningkatan Tabung Pinjaman Agrofood atau kemudahan pembiayaan pertanian makanan (pinjaman mudah berkadar faedah rendah) dan meningkatkan had RM5 juta untuk setiap pinjaman kepada RM10 juta setiap pinjaman.


"Kami juga mahu penggunaan agroteknologi bagi meningkatkan kecekapan pertanian dari segi automasi, jentera perladangan di kalangan petani melalui geran atau pinjaman faedah rendah.


"Juga kerajaan perlu meningkatkan geran Agropreneur Muda yang menggalakkan penglibatan orang muda dalam sektor pertanian," katanya.


Selain itu, Sim berkata wakil PH telah mencadangkan agar segera dilaksanakan Program PERKESO Petani yang dimulakan oleh Pentadbiran PH. Program ini, kata Sim, akan memberi perlindungan kepada para petani yang tidak dilindungi sebarang insurans pekerjaan.


"Kerajaan juga harus meningkatkan subsidi dengan mengira output demi meningkatkan hasil tanaman padi.


"Subsidi minyak pula kuotanya perlu ditambah kepada para nelayan," katanya lagi.


Sim berharap sektor pertanian akan dijadikan tumpuan utama dalam Belanjawan 2022 kali ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER