top of page

Jangan politikkan Perjanjian ART M'sia - AS, kaitan dengan REE Kelantan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 7, 2025
  • 2 min read

Tindakan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed Nawi yang mengaitkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia - Amerika Syarikat (AS) dalam mempertahankan hak unsur nadir bumi (REE) milik negeri itu tidak kena pada tempatnya.


Menurut aktivis Pakatan Harapan Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau Syam Ghaz, REE sememangnya hak negeri dan tidak perlu dipertikaikan, namun untuk melombong atau mengeksportnya memerlukan kelulusan Kerajaan Persekutuan melalui beberapa agensi tertentu.


Katanya, tidak timbul isu REE diagih ke syarikat AS dan mengenepikan hak negeri atau sebagainya.


Malah Syam Ghaz berkata, terdapat anak syarikat milik kerajaan Kelantan (GLC) yang telah menandatangani memorandum persefahaman untuk membekalkan karbonat nadir bumi bercampur (MREC) kepada Lynas, gergasi perlombongan nadir bumi dari Australia yang kelak akan menjual produk REE berkenaan kepada AS.

Mohd Hisyamuddin Ghazali
Mohd Hisyamuddin Ghazali

"Dia (Firdaus) tak baca kot yang GLC Kerajaan Kelantan dah buat MoU dengan Lynas Malaysia syarikat dari Australia. Produk dari Lynas ni jual kat AS juga.


"Habis tu duk marah AS tu kenapa? Sedangkan Kerajaan Negeri pun buat benda sama?" soalnya dalam muat naik di Facebook.


Tambah Syam Ghaz, kerajaan Pas Kelantan seharusnya lebih cerdik berbanding Kerajaan Pas Kedah sebelum ini yang membuat usahasama (JV) melombong REE dengan sebuah syarikat dari China.


Perlombongan itu berakhir dengan unsur nadir bumi tersebut disita pihak polis dan kastam.


"Ke nak buat macam Kedah, JV dengan syarikat yang boleh supply ke China?


"Akhirnya jadi ke jual timbang kilo, dan ditahan kastam/polis di pelabuhan kan?" soalnya.


Sehubungan itu, Syam Ghaz berkata, Pemuda Pas Kelantan seharusnya lebih banyak membaca dan membuat kajian sebelum mengeluarkan komen berkenaan REE agar tidak bertentangan dengan realiti atau dasar Kerajaan Negeri mereka sendiri.


"Pemuda Pas zaman sekarang tak seperti zaman dulu ya, malas membaca dan tak ada critical thinking dalam menulis dan analisis," ujarnya lagi.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page