top of page

'Jangan politikkan pemimpin bukan Islam lawat ibadah korban Aidiladha'



Masyarakat beragama Islam dalam negara ini tidak wajar mempolitikkan lawatan Ahli Parlimen atau pemimpin kerajaan bukan Islam menyaksikan ibadah korban umat Islam pada Hari Raya Aidiladha.


Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya (PJ), Lee Chean Chung (gambar, kanan), beliau tersentuh apabila segelintir warga maya 'mencela' gambar beliau melawat dan hadir menyaksikan ibadah korban di kawasan parlimennya.


Katanya, sebagai Ahli Parlimen beliau telah menyusun jadual untik menghadirkan diri melawat aktiviti pelbagai pihak tanpa mengira agama dan bangsa. Semua itu, katanya, dilakukan demi menyantuni dan merasai suasana hari raya penduduk di Petaling Jaya.


"Semalam Hari Raya Aidiladha saya hadir 9 program rewang korban di kawasan PJ, termasuk kawasan yang menerima sumbangan lembu dari Pejabat Ahli Parlimen Petaling Jaya dan satu majlis sambutan Eid Al-Adha.


"Oleh kerana sikap rasis sesetengah pihak, saya dilabel kafir dan tidak wajar sentuh daging korban, disifat sebagai Cina yang pandai berlakon, hadir program demi menarik penduduk kawasan Islam.


"Bukan senang jadi wakil rakyat di zaman media sosial yang berleluasa, apabila saya hadir program komuniti Cina dikatakan hanya jaga geng sendiri.


"Hadir program kaum India pula jadi isu pinggirkan pengundi Melayu Islam. Turun ke program penduduk Melayu timbul isu kafir dan berlakon," katanya.


Lawatan Chean Chung ke majlis ibadah korban untuk memahami erti dan semangat Aidiladha

Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia itu, tujuan beliau melawat akiviti penduduk adalah untuk lebih memahami agama dan budaya rakyat Malaysia.


Katanya, beliau tidak memilih untuk menghadiri program di kawasan tertentu atau tidak menghadiri program lainnya.


"Contohnya dałam 10 program Hari Raya Aidiladha, saya berkomunikasi dengan ustaz, peserta, Pengerusi Majlis/Surau, wakil penduduk dan golongan wanita serta anak muda. Mereka cerita erti Aidiladha dan semangat gotong royong yang mengeratkan hubungan penduduk setempat.


"Saya diajar cara yang betul untuk melapah daging korban, mengagihkan daging dan menerima sumbangan daging korban. Setiap proses ini saya mendapat pengetahuan baru dan lebih memahami makna serta semangat Hari Raya Aidiladha," katanya.


Sehubungan itu, Chean Chung menyeru pada hari yang mulia ini semua rakyat Malaysia membersihkan hati dan sucikan pemikiran.


"Mari kita semua hayati pengorbanan pemimpin terdahulu dalam membina negara yang stabil untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit mahupun agama," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page