top of page

Jangan politikkan logo, slogan Hari Kebangsaan - Taufiq Johari


Oleh: Abdullah Zaid


Tindakan Pemuda PN mahu menggunakan logo dan slogan Hari Kebangsaan ke-66 berbeza bagi sambutan di peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema diumumkan Kerajaan Persekutuan dianggap janggal dan di luar semangat perpaduan.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah Dr Mohammed Taufiq Johari, tindakan yang dilakukan oleh pembangkang itu jelas sekali memperlihatkan mereka mempolitikkan semua perkara termasuk hal hal bernegara seperti logo dan tema Hari Kebangsaan.


"Bagi saya isu nasionalisme ini perlu dipisahkan daripada perbezaan fahaman atau ideologi politik.


"Bulan Kemerdekaan adalah hari menjadi saksi masyarakat tanpa mengira kaum dan agama bersatu untuk menggunakan satu lambang yang sama.


"Kalau ada negeri-negeri tidak mahu bersama dengan Persekutuan, itu menunjukkan Kerajaan Negeri terbabit tidak bersedia bekerjasama (dengan Persekutuan) dan mempengaruhi masyarakat ke arah pecah belah dan bukan penyatuan," katanya ketika dihubungi.


Justeru, Ahli Parlimen Sungai Petani itu menyarankan gabungan yang dibarisi Pas, Bersatu dan Gerakan itu memahami terlebih dahulu logo dan tema yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan yang bebas daripada elemen politik.


"Kita lihat Malaysia MADANI tidak membawa unsur-unsur politik sama sekali kerana maksud yang dibawa itu (MADANI) menekankan kemajuan tamadun dari segi sahsiah, ekonomi dan teknologi.


"Ia boleh diterapkan kepada seluruh golongan masyarakat tak mengira mana-mana negeri sekalipun," ujarnya lagi.


Untuk rekod, kelmarin, tema dan logo Hari Kebangsaan diumumkan Kerajaan Perpaduan iaitu 'Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan' tidak disambut baik oleh Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari.


Sambil disifatkan tema tersebut sebagai mainan politik, Ahli Parlimen Pasir itu melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan Peringkat Pemuda PN yang berkemungkinan digunakan di empat buah negeri yang ditadbir blok berkenaan.


Namun, beberapa pimpinan PN sendiri antaranya Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Pengerusi PN Datuk Dominic Lau tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page