top of page

Jangan politikkan isu pemindahan Kuil Nagamma - Menteri Wilayah



Isu pemindahan Kuil Nagamma di Sentul sedang diteliti dan akan diselesaikan pada kadar segera, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.


Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, Dr Zaliha menggesa orang ramai tidak lagi mempolitikkan isu tersebut.


Tambahnya, satu perbincangan khas bersama pihak YTL diketuai Pengarah Eksekutif YTL Land & Development Berhad Datuk Hamidah Bakar berhubung isu itu telah diadakan pada Sabtu bagi membincangkan perkara berkenaan.


"Secara keseluruhannya, saya mendapati perbincangan tersebut merupakan satu perbincangan yang positif dan saya yakin perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.


"Saya akan memastikan perkara ini diselesaikan dengan kadar segera dan menyeru semua pihak agar tidak lagi mempolitikkan isu ini demi kebajikan dan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan," jelasnya.


Perbincangan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perpaduan K Saraswathy, Ahli Parlimen Batu P Prabakaran, wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan wakil dari pertubuhan Malaysia Hindu Sangam.


*Kredit foto: Facebook YB P Prabakaran

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page