top of page

Jangan polemik istilah 'kafir', elak Islam dipandang serong - Ust Zawawi



Oleh: Abdullah Zaid


Polemik perkataan 'kafir' yang sengaja diambil di luar konteks oleh pihak pro pembangkang untuk memburuk burukkan imej Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dikhuatiri hanya akan menyebabkan masyarakat bukan Islam memandang serong terhadap agama Islam serta penganutnya.


Bagi Penyelaras DUN Sungai Kandis, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni, istilah kafir sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran dan hadis adalah untuk menunjukkan perbezaan di antara orang yang beriman dan orang yang kufur kepada Allah SWT.


Bagaimanapun kata mantan Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh, Jalan Kebun, Shah Alam itu, penggunaan istilah tersebut dalam konteks interaksi bersama orang bukan Islam perlulah mengikut kesesuaian keadaan, tempat dan situasi agar ia lebih harmoni.


"Al Quran menyebut perkataan kafir tetapi dalam gerak kerja dakwah kita mengelar orang bukan Islam sebagai non-muslim kerana panggilan itu lembut (uslub dahwah) kepada mereka," katanya kepada Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian mengulas isu kafir yang mencetuskan pandangan berbeza dalam kalangan mufti mengenai perkara berkenaan.


Isu tersebut timbul selepas tular video ucapan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang dikatakan mengharamkan penggunaan istilah kafir di rumah dan dalam kalangan anak-anaknya.


Fadhlina bagaimanapun dilaporkan berkata, video tular itu telah diambil di luar konteks dengan cubaan jahat mahu mencalarkan imej serta kredibiliti beliau.


Sehubungan itu, Fadhlina yang juga Ketua Wanita KEADILAN Pusat telah membuat laporan polis ke atas video terbabit yang berniat mencetuskan kekecohan dalam isu berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi raja)


Mengulas lanjut, Zawawi yang juga bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor mengingatkan penyokong pembangkang agar lebih berhati-hati dan tidak membuat kenyataan yang boleh menimbulkan ruang fitnah.


Katanya, kata-kata kesat dan tuduh menuduh di media sosial tidak akan menguntungkan umat Islam.


"Ucapan video itu digunakan secara di luar konsensus dan ada yang cuba mengambil kesempatan untuk mencari sokongan politik.


"Sikap sebegini perlu dielak kerana hanya akan merugikan umat Islam (menjauhkan bukan Islam) sahaja," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page