top of page

'Jangan percaya pemimpin kata bela orang India tetapi hidup kaya raya'



Perjuangan KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) adalah untuk memastikan semua kaum terbela dan menghindari gaya politik perkauman BN - PN.


Hal itu ditegaskan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di program "PH Indian Road Show" di Dewan Sri Maha Mariaman, Rawang, Selangor, petang semalam.


Katanya, dalam amalan politik perkauman pemerintah mengaku mereka memperjuangkan kaum Melayu atau India tetapi berakhir dengan mengkayakan para pemimpin, penuh skandal kewangan dan perompakan.


"Sebab itu saya kata kita tak ada pilihan. Kita mesti pastikan wakil kita untuk jaga rakyat kita. Jangan main isu Melayu, Cina, India. Sama sahaja, pemimpin Melayu 'hidup Melayu' dia yang kaya. Melayu di bawah macam di kampung kampung (miskin)


"Kemudian India, 'kita perjuang untuk kaum India'. Porah. Mereka yang kaya raya. Orang estet ada apa? Nasi elek (tiada), kari elek, semua elek.



"Anak muda mesti ingat. Kita bicara masa depan kamu, kamu tentukan masa depan. Kamu tak peduli nasib, kamu ambil pemimpin kaya, beri RM100, suka hati. Tak boleh.....


"Ini integriti, maruah, harga diri kita. Kita manusia merdeka. Ya, saya Melayu, saya bangga kerana Melayu. Kaum India, bangga kerana India.


"Kita ada tamadun, budaya hebat. Orang India begitu, Cina begitu. Iban, Kadazan. Kita semua rakyat Malaysia," kata Anwar sambil disambut sorakan hadirin.


Sambung beliau, kerajaan BN - PN yang terdesak ketika ini mempropagandakan kononnya PH tidak boleh memerintah kerana kelemahan selama 22 bulan waktu menguasai Putrajaya.


Namun kata Anwar, sekiranya PH tidak memerintah mana mungkin skandal 1Malaysia Development Berhad dibongkar secara besar besaran dan pemimpin yang terlibat didakwa di mahkamah.


"Apa semua PH buat betul, tidak juga. Sekarang kita kena tanggung sebab ada banyak kritik. Tetapi Perdana Menteri masa itu Tun Mahathir (bukan PH sejati).


"Sekarang kita mahu hidupkan balik semangat baru yang berteraskan keadilan. Bila ada keadilan mesti ada belas kasihan.


"Siapa jadikan kita Melayu, India? Tuhan jadikan. Tuhan tentukan, orang Cina, India, bukan suruh gaduh. Quran sebut berlainan bangsa, warna lulit untuk menghargai satu sama lain, kenal dan hormat satu sama lain," katanya.


Biar pun PH, kata Anwar kurang bernasib baik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kebelakangan ini namun tidak ada erti berundur dalam perjuangan. Kalah di PRN Melaka dan Johor, PH tetap perlu bangkit demi menyelamatkan rakyat.


Begitu juga kaum India, tegasnya, perlu bangkit untuk bawa perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 15.


"Kita mesti kuatkan parti kita. Sekarang hari hari kita baca, agen pekerja curi, 1MDB curi, sebut Felda curi.


"Dalam debat dengan Najib baru baru ini saya kata (kita) jaga orang bawah, itu beza (dengan BN - PN). You mau sokong orang jaga orang atas, atau jaga rakyat," kata Anwar kepada hadirin mengakhiri ucapannya.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page