top of page

Pas - PN tidak bela, pertahan institusi Raja Melayu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 17, 2023
  • 1 min read


Pas atau PN tidak wajar diberi kepercayaan oleh rakyat untuk mempertahan atau membela institusi Raja Raja Melayu lewat kejadian mempersenda Sultan Selangor dilakukan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor dalam ceramah politik minggu lalu.


Bagi Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, titah yang dikeluarkan oleh Sultan Sharafudin Idris Shah melalui Selangor Royal Office petang tadi menjadi bukti bahawa Pas telah menderhaka kepada institusi di-Raja.


"Titah baginda menyebut perkara ini masih belum selesai menjadi isyarat yang jelas kemurkaan Sultan Selangor terhadap kenyataan Menteri Besar Kedah baru-baru ini


"Isu penderhakaan terhadap institusi Raja Raja Melayu oleh Pas tidak boleh dianggap remeh oleh masyarakat. Ini kerana pemimpin Pas yang lain termasuk Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat memihak kepada Sanusi melalui kenyataan beliau sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan.


Ahmad Nadhir juga mempersoalkan bagaimana Tuan Ibrahim, seorang pimpinan tertinggi sebuah parti yang begitu lantang mencanangkan membela Islam dan Raja Raja Melayu sebelum ini bertindak merestui tindakan Menteri Besar Kedah yang jelas telah menderhaka kepada Sultan Selangor


Katanya, rakyat juga masih belum lupa isu 'derhaka' Ahli Parlimen Pas, Datuk Seri Takiyudin Hasan terhadap Yang di-Pertuan Agong berhubung isu perungkaian proklamasi darurat di Dewan Rakyat pada tahun 2021


"Persoalannya sekarang, adakah orang Melayu masih boleh mempercayai Pas dapat membela dan mempertahankan institusi Raja Raja Melayu sedangkan bukti penderhakaan yang jelas telah dilakukan oleh pimpinan Pas?


"Rakyat Malaysia yang mentaati dan menjunjung kedaulatan institusi Raja Raja Melayu mesti bangkit dan menolak parti penderhaka seperti Pas pada pilihanraya kali ini," katanya lagi.


Justeru, tegas Ahmad Nadhir, penderhakaan terhadap institusi Raja Raja Melayu ini tidak dapat diterima oleh segenap masyarakat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan dan juga prinsip Rukun Negara.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page