top of page

Jangan peralat nama tuhan untuk serang PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read


Pengarah Strategi KEADILAN Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad mengecam kenyataan Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang didakwa memperalatkan agama untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Saifuddin merujuk kenyataan “Allah menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri supaya rakyat tahu siapa beliau sebenarnya” sebagai sengaja memberi gambaran negatif kepada kepimpinan Anwar.


Kenyataan itu tegasnya sangat tidak bertanggungjawab, dangkal dan melampaui batas kewarasan politik terutama UMNO sendiri berada dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.


"Ini bukti terdesaknya segelintir pimpinan yang gagal berhujah secara matang sehingga menjadikan agama sebagai alat retorik politik murahan," katanya dipetik.


Saifuddin turut menyindir Armand dengan mengaitkannya sebagai seolah-olah mengetahui kehendak dan perancangan Tuhan.


Dalam pada itu, Saifuddin menegaskan bahawa Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri melalui proses demokrasi yang sah, berdasarkan mandat majoriti ahli Parlimen – dan ia tidak wajar dipersoalkan melalui naratif agama yang bersifat manipulatif.


Beliau turut menyeru sebarang tindakan menggunakan nama Allah untuk menjustifikasi kebencian politik dihentikan kerana ia bukan sahaja menyimpang dari prinsip akhlak Islam, malah menghina kebijaksanaan rakyat yang memilih pemimpin melalui proses demokrasi.

"Semua pihak perlu berhenti mempermainkan agama dalam perdebatan politik dan kembali kepada politik yang waras, matang serta bertamadun.


"Cukuplah dengan wahyu politik yang memecahbelahkan. Rakyat perlukan dasar, solusi dan kejujuran – bukan fitnah atas nama Tuhan," ujarnya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page