top of page

Jangan peralat isu 3R untuk kepentingan politik - AMK Sarawak



Tindakan pihak tidak bertanggungjawab memperalatkan isu 3R (kaum, raja, agama) untuk kepentingan politik jangka pendek menyebabkan insiden serangan ke atas rangkaian kedai serbaneka KK Mart berterusan amat dikesalkan.


Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Sarawak, Chiew Choon Man, insiden penjualan stoking tertera kalimah Allah di KK Mart hakikatnya telah pun reda malah tidak menjadi isu di Sarawak, namun perbuatan menggembar gemburkan perkara itu mengakibatkan serangan bom petrol terus berlaku di rangkaian kedai berkenaan di Jalan Satok, Kuching semalam.


"Kami (AMK) mengecam segala tindakan dan kenyataan yang tidak menghormati sensitiviti agama di negara kita, termasuk dalam isu KK Mart ini. Sebagai rakyat Malaysia, adalah normal bagi kita untuk menghormati dan menjaga sensitiviti masing-masing, serta memelihara semangat cinta terhadap keamanan dan keharmonian.


"Namun turut menjadi satu cabaran besar bagi negara kita apabila ada yang mengambil hukuman di tangan sendiri (take law into one's own hands) dan membelakangkan sistem undang-undang negara kita. Kami sangat kesal dengan berlakunya tiga insiden tindakan khianat terhadap kedai serbaneka KK Mart, termasuk yang berlaku di Sarawak baru-baru ini," katanya dalam kenyataan.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Miri itu menyarankan supaya rakyat Malaysia terus menyokong pendirian Perdana Menteri untuk bersabar dan menunggu proses undang-undang berjalan lancar kerana pihak yang terlibat telah pun dihadapkan ke mahkamah.


Dalam pada itu, beliau juga kesal kerana ahli politik pembangkang terus memainkan isu penghinaan kalimah Allah untuk mencari pengaruh dalam masa singkat.


"Segala kesalahan harus diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan undang-undang yang sewajarnya.


"Kami juga menggesa semua ahli politik untuk berhenti memainkan isu sensitiviti kaum dan agama demi kepentingan politik masing-masing.


"Kepentingan rakyat dan negara harus menjadi keutamaan, dan kita perlu bekerjasama dalam mempromosikan toleransi, saling memahami serta menghormati perbezaan agama dan kepercayaan," katanya.


Dalam kenyataan sama, Choon Man turut mengucapkan syabas kepada majoriti rakyat Malaysia yang menunjukkan kesabaran serta memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan secara menyeluruh.


Katanya dengan kerjasama semua pihak dan sikap kematangan, isu tersebut akan ditangani dengan baik demi menjaga keamanan serta keharmonian Malaysia tercinta.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page